Senin, 19 April 2010

Oh! Jika Suami Seorang Geek..


Haha! Aku gelak seorang diri apabila aku terbaca entri Cybernetic pasal Dilema Suami Seorang Programmer. Untuk kaum perempuan yang tak berapa nak geek macam aku ni..sila fikir 10 kali dulu sebelum nak pilih seorang yang SERIUS GEEK sebagai pasangan hidup korang. wuuuuuuu~ Kalau tidak..rumah tangga korang akan ada perbualan macam ni setiap hari..

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found…

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied…

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters.. .

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It’s by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use … Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. ”
Kalau sama-sama geek lagi parah kot~ Opsss terlupa lak..aku bukan bakal programmer gak ke? HAHA.

Notakaki: Lawati blog Cybernetic untuk lihat pelbagai ciptaan program dari dia.

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar