Rabu, 28 April 2010

Diet Itu Apa Ertinya Kepada Kamu?

Ok. Aku percaya korang semua mesti pernah mengamalkan diet kan untuk kelihatan langsing lagi mengancam khususnya kaum perempuan kan. Tapi actually pernah tak korang terfikir cara korang berdiet tu kadang-kala adalah salah. Aku rasa majoriti yang berdiet mengamalkan cara MENAHAN LAPAR.

Sebenarnya cara MENAHAN LAPAR tu salah. Tak adalah salah di sisi undang-undang heh. Apa kau ingat dengan bertahan lapar selama 3 hari 3 malam maka perut buncit kau tu akan hilang lah eh? Tak. Tak. Tak. Kesian badan korang kann, kena seksa sebab mengamalkan cara berdiet yang salah.

Cara berdiet yang betul ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Aku malas nak huraikan apa tu pemakanan seimbang. Korang dah cukup besar untuk memikirkannya. Sila lihat piramid makanan yea. Lepas tu dah berdiet tu, dalam seminggu at least 2 kali kena berjogging. Ha. Itu baru dikira diet yang betul. Tak kira lahh kau nak pergi gym angkat berat ke apa ke. Janji ko melakukan senanman. Baru keluar peluh.


Aku cukup tak suka lahh manusia yang berdiet mengamalkan cara tahan lapar ni. Dia ingat tahan lapar kalori dia dalam badan dia terbakar lah heh. Kena lakukakn senanman gak untuk keluarkan peluh. Untuk bakar kalori. Dah lahh tahan lapar. Aku tengok even dia tahan lapar pun, perut buncit dia still size tu juga. Tak pernah kempis. So aku rasa adalah membuang masa kalau tahan lapar ni.

Bayangkan seharian korang tahan lapar. Nanti tengah malam kang korang lapar. Nafsu makan membuak-buak, maka korang pun melantak. Oh~ Sudah gemuk 3 kilo.haha. Aku rasa orang jenis yang tahan lapar ni boleh kalahkan orang yang berpuasa.haha.

Aku? Tak pernah berdiet dalam seumur hidup aku pun. Makan bila lapar. Tu pasal berat badan makin naik. Bukan makin menurun.haha. Tunggu lahh aku dapat hidayah untuk berdiet la yea. Kalau aku dah gembira dengan badan aku sendiri nak buat apa diet-diet ni.hoho.

p/s: Jangan pula makan pil kurus segala tu yea. Merosakkan hati kau je.

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar