Sabtu, 24 April 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta: Differentiation

Kalau korang pernah belajar add maths masa sekolah, korang akan sangat mengenali apa itu Differentiation malah ada yang mungkin bencikannya. Oh~ Aku dulu pun memang benci, menyampah dan meluat bila ada soalan Differentiation. Bagi aku sangat susah untuk diselesaikan sehinggalahh aku SPM. Aku masih tak reti nak buat Differentiation ni.huh!

Ok. Add-maths aku memang kantoi masa SPM. Lulus tanpa kredit bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kat sini. T.T. Ku sangkakan aku tak kan lagi hadap Differentiation bila dah masuk U. Tapi..aku perlu menghadapnya semula.

Sem ni aku amik subject Calculus (dipanggil Maths-Techq 2 kat MMU). Killer subject untuk aku. Dari first class aku dah cop-kan yang CALCULUS ni susah tahap gaban. Yea. Memang susah.

Tapi disebabkan syarat kat MMU ni, kalau tak dapat at least C aku tak kan dapat sijil diploma dan ini membawa kepada aku untuk repeat semula subject ini *sigh. Menyedari hakikat ini, aku pun try lahh mengenali DIFFERENTIATION buat pertama kalinya dalam hidup aku.awwww. Walaupun aku rasa dah macam terlambat untuk mengenalinya sebab dah nak Final, tapi aku masih mahu berjuang untuknya demi sijil Diploma aku.

Maka..selama dua hari berturut-turut aku study Differentiation. Betul cakap orang..TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Itulahh yang berlaku kepada diriku sekarang. Dulu asyik pot pet pot pet Differentiation susah lah apa lah. Tapi bila dah try mempelajarinya..aku rasa senang pula. Bukan lahh nak cakap senang macam 1+1=2 tapi at least aku dah paham.

Kalau kita tahu formula untuk Differentiation, so senang lahh nak carik cari jawapan. Kena juga tahu jenis equation yang diberi. Setiap jenis equation yang diberi hanya ada satu formula je boleh dipakai. Tapi kadang-kadang satu equation ada bermacam-macam cara kira dia. Kena banyak buat latihan. Sejak bila Maths boleh baca je kann. Practice Makes Perfect.

Tapi kann..aku rasa Differentiation yang budak sekolah belajar tu lagi complicated dari yang aku belajar ni. Tak tahu kenapa..bila aku buka balik buku rujukan Add-Maths aku tu, aku tak paham apa pun yang ditulis kat buku tu. Termasuk chapter Vector. Vector yang aku belajar kat MMU lebih mudah dan ringkas berbanding Vector yang aku belajar masa aku sekolah.

Aku bersyukur aku bukan budak engineering kerana calculus mereka lebih UP(yang membawa kepada equation yang lebih berjela-jela panjangnya) dari calculus aku ni. Boleh pecah otak aku kot nanti. Itu lecturer aku yang cakaplahh. Lutfi pernah tanya aku pasal exact solution; sejenis calculus yang aku tak pernah dengar dan tak pernah belajar pun. Aku Goggle akan Exact Solution tu..dan hasilnya, aku rasa sangat susah dan complicated. Equation yang sangat mengarut dan merepek untuk aku. HAHA.

Entri kali ni tak ada gambar yea. Sebab aku terlampau sibuk sampai tak sempat nak cari gambar untuk entri kali ni. Paper calculus semua berterabur kat atas meja aku. Huh! Kali ni entri karangan. HAHA

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar