Jumat, 16 Juli 2010

unknown entry.

"Hey amoi, what the hell with your title entry?"

Ah. Aku tak ada idea nak namakan entri ni apa. Aku paling benci part nak kasi tajuk entri sebab benda ni sangat leceh. Dan perkara ini adalah perkara terakhir akan aku buat lepas habis satu entri. Anyway, aku nak bagi tahu ni..

"Dah nak kawin ke?"
"Dah pregnant ke?"


Belum habis ayat lagi dah ada suara berbisik. Membuat spekulasi sendiri.haha. Baiklah.

Aku dah berjaya uninstall IntenseDebate weyh. Dari semalam try uninstall. Asyik error manjang. Aku dah start menyampah dah tambah-tambah tengah period. Makin cepat touching aku.haha.

Ha. pesal aku uninstall? Tak cukup bagus ke? Bukan tak bagus ke apa. Tapi aku yang cepat bosan dengan sistem komen tu.

Disebabkan aku asyik dapat error masa uninstall pakai cara automatik. Maka aku pakai cara manual. Senang sahaja cara dia. Delete semua code yang ada nama IntenseDebate. Setel! Itupun kena hati-hati masa remove code dia. Takut ter-remove code lain pastu menangis air mata darah.haha.

Semua entri yang pernah korang komen pakai IntenseDebate tu automatik akan hilang dari blog ni. Ala. Tak kisah pun. Sebab komen-komen tu masih ada dalam account IntenseDebate aku.hiks! Bila-bila masa boleh baca balik.

Satu je aku suka pasal IntenseDebate ni. Dia ada bagi sekali IP address si pengkomen. So senang nak detect kau ni siapa walaupun kau pakai username lain.haha. Tapi feature tu tak mampu memikat hati aku untuk stay longer dengan IntenseDebate.

Bila aku mengidam nak IntenseDebate, nanti aku pasang lah balik. Bila dah bosan-bosan sikit uninstall balik. Apa susah kan~

Kesimpulannya, aku hanya mampu pakai IntenseDebate selama sebulan sahaja.HAHA.

Ok. Bye.

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar