Kamis, 30 April 2009

Slot Lagenda- Merah Putih ( TV3 ) [Kau Aku]

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.








Selain drama Filipina A Time For Us, aku ada gak layan drama Melayu. Pelik ke budak cina layan cerita melayu ni? Cita rasa aku ni lain sikit. Sampai drama Bollywood pun aku layan.haha:06:. Aku ni jarang layan drama kat slot Lagenda Tv3 tu sebab banyak hadap komputer petang-petang tapi drama Merah Putih ni menarik perhatian aku untuk ikut cerita ni selama satu jam.



Kalau baca tajuk pun mesti anda terfikirkan drama Bawang Merah Bawang Putih versi Indonesia tu kan? Tapi cerita Merah Putih ni ada kelainan daripada drama Indonesia tu.








Sedikit sinopsis Merah Putih.



Antara kelainan yang ditonjolkan dalam Merah dan Putih mengisahkan dua beradik tiri lelaki yang menyayangi antara satu sama lain. Mak tiri Putih yang berpura-pura menyayangi Putih. Tiada unsur deraan dalam drama ini. Mak tiri Putih iaitu Datin Mastura berhajat mahu menjodohkan Merah dan Anggun tetapi Anggun memilih Putih bukannya Merah. Dengan itu Datin Mastura dan kawan baiknya iaitu Mulan menggunakan pelbagai cara untuk memisahkan Putih dan Anggun termasuk menggunakan sihir ataupun bomoh.



Kalau nak tahu lebih lanjut kisah Merah Putih ni baik anda tengok sendiri di Slot Lagenda kat TV3 dari pukul 4.30 petang sampai 5.30 petang. Syok woiiii tengok cerita ni. Memang buat aku melekat dengan Tv selama sejam layan cerita tu!



Ini antara lagu/ost yang terdapat dalam drama Merah Putih. Aku dengan baik hatinya dah upload lagu-lagu dari drama Merah Putih masuk file hosting untuk anda dengan suka sukinya download masuk komputer anda. Semuanya dalam format MP3. Sila-sila sedut dengan senang hati ya.




Aizat- Kau Aku

Bau-
Anggun

Amylea-
Aku dan Mimpi


Notakaki: Aku suka lagu Kau Aku dengan lagu Anggun.


post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar