Tampilkan postingan dengan label sarcastic. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sarcastic. Tampilkan semua postingan

Senin, 13 September 2010

Gempar Identiti Hellioz Terbongkar!

Selepas beberapa bulan ini. Akhirnya aku berjaya mengetahui siapa Hellioz sebenarnya. Kejap. Siapa Hellioz ini? Apa? Kau tak kenal ke dia? Tu budak yang anti dengan si bibir jambu merah. No need to mention who is the bibir jambu merah. Clue: SO CALL MALAYSIAN TOP BLOGGER.kah kah kah! Sila teka. Kalau jawapan anda betul bagus. Maksudnya anda ada mengikuti blog Hellioz. Kalau tak ada sila baca blog dia sekarang. Now I mean. Kalau tak, tak payah baca entri ni. HAHA!

Tapi kali ini aku siasat identiti Helly ini sampai lubang cacing. Dah hasilnya sangatlah memberansangkan! Don't worry I will tell you the result of my investigation about Helly. Plus with his picture and so on. Muahahahaha! Habis lah kau Helly. Identiti kau dah nak terbongkar ini.

I bet you all ada lah dengar khabar angin Tsunami bahawa Hellioz ini PEREMPUAN kan? Aku tahu sangat siapa yang sebarkan khabar angin ini. No need to mention it at here. I annoys you already! Yeah. This past few months I know him I never thought what is Helly gender is. For what? Is that really important his gender? But until I heard about rumors Helly is a GEGIRL.


OMFGGGGGGGGGGGGGG PINGSAN aku taw! That was my first reaction!
How on the earth Helly boleh jadi gegirl ini? How come? T_T. Kesian kepada budak tu yang tak boleh terima kenyataan Helly is a guy.

I don't know apa motip budak tu nak sangat Helly jadi gegirl. Maybe dia suka Helly. (?) And can't accept the facts that Helly is a guy with a penis kot. Pity you. Macam perempuan dah pupus kat dunia ini. Sampai Helly yang straight pun kau boleh anggap dia perempuan. Celah mana Helly dah jadi gegirl ni? Bagi tahu aku. CELAH MANA? Celah bontot kau ke? Duhh.

Not forget to mentioning about that you have his picture. Fine. Show me his picture! Tunjuk sekarang. Masa kau cakap kau kononnya kau ada gambar Helly aku dah tahu kau dah mula dengan cerita kencing kau. Kata ada gambar Helly kenapa nak tanya aku plak Helly tu gender apa? Duhh. Kau jangan ingat aku umur 19 aku mudah dikencing dengan story telling bangang kau tu ok. Kau silap kencing orang bhai. Silap! Aku gelak-gelak sahaja dengar cerita bohong kau tu.kah kah kah!

At the end aku rasa macam nak bakar sahaja kau ni dengan kisah bohong kau konon-konon kau dah tahu siapa Helly itu. Ok. Maybe kejam sangat nak bakar kau. Kang siapa nak entertain aku dengan kisah Helly is a gegirl itu kan.

Amik kau sedas! FFFFFFFFuuuuuuuuuuuuu HAHA! Wake up lah weyh dari ilusi kau yang Helly itu perempuan! Sila terima kenyataan yang Helly is a guy. Tak baik taw fitnah orang tanpa usul periksa dulu. Bukan ke dalam ajaran Islam menfitnah itu seperti membunuh?

Lepas ni kau jangan nak kasi alasan yang cerita kau tu semua PARODY. OMG. Do you really know what is the meaning of parody? Pergi search kat wikipedia sana! Pergi study what is about parody dari A sampai Z. NOW!

Ok. Sekarang berbalik kepada cerita hasil penyiasatan aku terhadap identiti Helly. Yeah. Helly is a guy. So no doubt about that. Don't ask me for the prove. Aku dah tengok semua bukti tersebut tapi sekarang ini bukti semua ada kat polis Pluto sana. Case Helly telah menjadi case tergempar kat Pluto. So bukti Helly is a guy tu sudah menjadi private and confidential sampai kena simpan dalam bilik kebal taw!

Apa nama sebenar Hellioz?
Nama sebenar : Hellioz Triquetra. Boleh panggil Helli sahaja :DD. Jangan kau fikir Nurul Hellioz. Sangat tidak sesuai yer anak-anak.

And where his study? This is a very good question.
He is study at Pluto. University of Pluto. He studying about human kind. Tu pasal setiap tahun dia akan turun ke bumi dan mengkaji pemikiran manusia macam mana. Kiranya kita ini adalah specimen dia. Oh! He's not an alien. He represent the human to doing a research on human minds. Insan terpilih sahaja yang dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Pluto. Fully sponsored by kerajaan Marikh. Kau jangan nak jeles.

Can you show me his picture?
Ini gambar Helly. Tengok dengan keberanian :
Kan aku dah cakap tadi. Semua bukti mengenai Helly telah disimpan oleh polis Pluto yang berdedikasi. Tengok kang tak pasal-pasal bekas vice president of United States kena kasi speech kat sini untuk bersihkan khabar angin Tsunami pasal gender Helly. Koserrrr taw.

Sebenarnya entri ni pasal aku nak habaq kat hang ni. Tak kan gender orang pun kau nak jadikan isu. Lady Gaga tu khunsa ke tidak tak nak plak kau selidik.HAHA. Pelik dengan orang yang sibuk canang cerita Helly ni perempuan. Pity you. Gender orang pun nak persoalkan. Prove enough that you have no life sampai isu gender pun mahu dipersoalkan.kah kah kah!

Btw, kau rasa aku ni gegirl ke boboy ataupun mak nyah? Jawab!
MORE UPDATED FOR HELLIOZ IDENTITY YOU CAN READ IT AT HERE!

p/s: entri ni untuk tujuan memperli si durjana yang suka sebarkan berita tak betul. Lebih-lebih lagi kencing aku dengan cerita tak betul macam ni. Sila kencing dengan cara lebih pro :DD

post signature

Minggu, 05 September 2010

#bukanRage: Cara Menjadi Bloggers yang Sweet dan Comel

*grrrr. comel dan sweet seperti ini.

Topic agak typical. Tapi aku nak kasi tips ni cara-cara nak jadi bloggers sweet dan comel aww aww gitu. Korang kena baca sampai habis taw tips yang aku kasi ni. Konfem kalau kau buat semua tu kau akan jadi bloggers yang sangat lah sweet dan comel di mata bloggers lain. Dan yang pasti kau akan lebih dikenali dan disengani. Tapi everything you do kena lah keluarkan sikit pengerasnya supaya hasilnya tampak cantik dan licin!

Disclaimer: apa-apa insiden yang tidak diinginkan berlaku semasa, sebelum atau selepas kau mencuba tips ini. Saya tidak akan bertanggungjawab langsung. Sendiri punya hal sendiri tanggung lah bhai. Tips yang diberikan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah mampus jadi tengkorak dalam kubur sana.

1. tulis entri ala-ala baik macam angel from the sky.

2. tulis entri bodek tahap dewa dewi angkasa Marikh. contoh. Dia lah otai blog yang paling best yang pernah saya kenal.bla bla bla.

3. jangan krtik blogger yang kejar duit nuffnang. isu sensitive kat blogsphere. LOL! Satu lagi sindrom tiada kebebasan mengeluarkan pendapat unsur kritik di blog.


4. upload banyak-banyak gambar camwhore. yang pasti. perlu seksi! itu dah cukup.

5. jangan tulis entri bengang. nanti yang baca pun bengang tak pasal-pasal.

6. kalau tak puas hati dengan bloggers, tak boleh kritik kat blog. nanti ayat typical macam ni akan keluar "kalau tak suka main jauh-jauh". Oh you are so ignorant and arrogant too.

7. kena jadi kepochi dan sokong mana yang mendapat penyokong lebih banyak.

8. sentiasa kasi pendapat yang menyokong. tak boleh langsung kasi pendapat yang membangkang. nanti tak pasal-pasal ada orang tulis pasal kau kat blog dia. famous sial!

9. diam itu lebih baik dari membangkang kuat. tiada kebebasan untuk bersuara dalam blogsphere.

10. buat hubungan yang baik dengan semua bloggers. Include yang kau tak puas hati pun kena buat baik jugak. Wajib!

11. kena ikut cakap back up besar. kalau dia suruh kau boikot bloggers tu, terus kau bersemangat nak remove dia dari fb, unfollow blog dan twitter terus.

12. tak boleh langsung bangkang kata-kata back up besar walaupun kata-katanya dah sentap kau sampai nak keluar susu tetek.

13. back up besar kena buli. cara membodek ketika dia dalam kesusahan. kau kena berani tegakkan keadilan untuknya. tapi akhirnya kau yang kalah dalam pertempuran. tapi back up besar tu akan berterima kasih pada kau sampai terharu dan ingat blog kau sampai bebila.

14. sentiasa mencari siapa yang menyokong pendapat kau. boleh tambah geng dalam group sweet dan comel.

15. tulis entri sedih sebab kena krtik dengan bloggers lain. mahukan simpati. mahukan nampak bloggers tu salah sepenuhnya. mahukan kata-kata sokongan seperti I HATE THAT BLOG too. Boleh tambah kroni dalam geng sweet and comel butt hurt plak.

Amacam? Bagus tak tips yang berikan ini?

Kalau kau mampu buat kesemua 15 tips yang diberikan. Taniah! Anda berjaya menjadi bloggers yang sweet dan comel. Ingat. Kena cukup 15 tips taw! Tak boleh tertinggal satu pun.

Tapi sedih! Aku tak berjaya langsung jadi bloggers sweet dan comel dalam dunia blogging walaupun blog layout dah comel. Dah try banyak kali taw. Still tiada unsur-unusr kecomelan dan kemanisan akan muncul gamaknya. LOL. So, aku decided nak share tips-tips itu dengan kau. Supaya kau boleh menjadi generasi masa depan yang ada unsur-unsur bloggers comel ni. Sila mengaku yang aku baik sekarang! kah kah kah.

Ok. Sekian sahaja dari segmen khas amoi tips yang julung-julung kali diadakan di sini. Motip dah jadi ala-ala tips kesihatan dan kecantikan ni? Koser.

p/s: this is not a criticism entry. this is not a rage entry. this is not an annoying entry. Don't misunderstanding it :DD

post signature

Selasa, 31 Agustus 2010

Butt Hurt Session

Rage.


Today I will explain more what is butt hurt. Butt hurt = Sakit bontot. Tapi bukan sakit bontot sebab ada bisul tapi dalam maksud tersirat sakit hati dan meroyan tahap maksimum.kah kah kah! Aku kasi contoh. Kau tak setuju dengan pendapat kawan kau. Lepas tu kau bangkang habis-habisan dalam keadaan marah. Kau hanya fikir nak menang dan tegakkan benang yang dah basah. Itu maksudnya kau tengah butt hurt. Simple enough huh to detected who is butt hurting a lot? But then. There still a several syndrome I recognize as butt hurting.

How I detected this syndrome?
Blog walking a lot to the blog where they write a lot of critics and you will sensed a lot of butt hurt statement below their entry.

The syndrome are..

1. cakap belakang.
mula-mula tayang muka I DON'T CARE. But then, bila ada orang lain pun kutuk orang yang sama, start lah kau masuk jarum. Join kutuk sekali. Pung pang pung pang sana sini. Biasanya orang yang cakap belakang ni, dia takut dengan kebenaran (nami yang cerita based on his experience handle butt hurt people.LOLX). Sudah terkena tetek sendiri. Malu lah kan nak cakap depan-depan.

2. melatah tak memasal.
statement yang dikeluarkan langsung tak ada kena mengena dengan diri kau. tiba-tiba dia nak melatah tak memasal. ok. Jenis orang butt hurting ni boleh join sindrom yang first tu. Bila dia dah melatah tak memasal mula lah kutuk orang kat belakang. dan orang yang melatah ni lebih hebat butt hurt dia dari orang yang terkena tetek sendiri tu padahal bukan kena kat tetek kau pun.

3. voice out
finally we get to the last syndrome of butt hurting. Orang yang voice out secara depan-depan ni biasanya dia lah paling berani. Dia lah yang paling lantang bersuara di kalangan orang dari sindrom satu dan dua. Tapi orang yang voice out ni jugak akan join sindrom satu untuk kutuk belakang untuk melampiaskan kemarahan yang terbuku di dada walaupun dia akan dikira berani mengutuk orang secara terang-terang benderang.

Those people is butt hurting will deny the fact that they are butt hurt. They will give a lot of excuses to deny it.LOL

dan ketiga-tiga sindrom itu aku nak kelaskan kepada dua kategori.

1. scary butt hurt.
2. emotional butt hurt.

Sindrom satu dan sindrom dua boleh dikelaskan dalam Scary Butt Hurt. Sebab mereka itu sangat takut untuk menyuarakan pendapat sendiri kepada orang yang dah berjaya buat dia meroyan manjang. Tapi hanya berani bersuara di belakang sahaja. Selagi tak ada back up besar bersuara selagi tu lah mereka itu hanya mampu bersuara di belakang bontot orang.LOL.

Sindrom ketiga tu boleh dikelaskan dalam Emotional Butt Hurt. Yeah. Mereka berani untuk bersuara tentang pendapat mereka secara terang-terang bila dah ada back up lagi besar bersuara dengan lantang. Tapi mereka juga terlupa yang mereka sedang menonjolkan kelemahan diri iaitu emotional tu win against others opinion. They will give a lot of pointless opinion and thinking how to against it.

what about anonymous butt hurt?
they can be in scary butt hurt because they are scare to expose their identity to the public with their butt hurt statement. or they can be in emotional butt hurt. They using anonymous identity and give a very emotional feedback. So anonymous can be in either categories.

Biasannya orang yang sedang butt hurt akan masukkan semua point yang tak ada kena-mengena untuk menang. Thats why I called it as pointless. Dan macam biasa cara paling senang biarkan sahaja orang yang sedang sakit bontot itu berhujah panjang. Sebab nak tengok sejauh mana dia sanggup menjadi penghujuh tak bergaji.

Actually, we as the human being akan butt hurt dengan semua orang kalau ada orang bangkang pendapat kita. Tapi pandai-pandai lah control butt hurt tu supaya tak dikesan oleh orang lain. Bila ada orang kesan kau tengah butt hurt, semua orang akan gelak. Tu pasal is better cover up your butt hurt feeling dengan tayang muka tak kisah.

But who will please to welcome the butt hurt team to their blog?
Of course people who are sarcastic enough will laugh LOUDLY to THE BUTT HURT team!

but then..


LOL!

I hope this time no one really get so bawwwwwwinggggggg about this entry. Please don't be so sensitive. I am not talking about anyone since no name is mention in here.haha.

Butt hurt session is begin now! Enjoy~

p/s: sorry I dunno how to write a nice entry without include any sarcastic words.

post signature

Sabtu, 28 Agustus 2010

Pengejar Earning Nuffnang Terunggul

Hello all my dear readers.

Seronok tak mengenal Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog? Ok. Kali ini mari kita mengenal ciri-ciri blogger yang kemaruk dengan duit nuffnang plak. Ala. Jangan cakap kau tak tahu langsung pasal Nuffnang ni ye. Kalau tak letak iklan Nuffnang dalam blog pun I bet you know jugak lah kan Nuffnang ni company iklan yang kasi earning kat bloggers kalau letak iklan dorang. Got it? Banyak benda aku nak elaborate dengan hujah-hujah ugly truth aku ni. Bahan-bahan explicit pun dah bersedia nak keluar dari kepala otak aku ni.muahahahahaha (evil laugh with evil look)

-muka sanggap duit

Selain Nuffnang banyak lagi company ads yang lain. Tapi lets we focus more on Nuffnang since blogger yang aku maksudkan pun ialah manusia yang laparkan earning nuffnang.kah kah kah. Hidup dia aku rasa 99% semuanya pasal duit dari Nuffnang Nuffnang Nuffnang.

Tayang Buffered Earning(BE) kat blog. Some bloggers really doing this now a days. Dok tayang berapa BE yang dia dapat dari Nuffnang. Lupa nak terangkan BE ni apa. BE ni ialah iklan yang akan selalu keluar kat blog kau nanti. Means makin banyak BE makin mashyuk lah jawabnya duit nuffnang kau tu nanti.

Bila dah dapat BE terus buat satu entri pasal BE dia. Kat entri tu mesti dia tulis dia bersyukur tahap dewa dewi sebab dapat BE lagi hari tu. Kalau hari tu dia dapat iklan Digi. So dia akan tulis pasal iklan Digi tu. Dia akan buat research pasal iklan tu. Dia akan promote baik punya pasal Digi. Percayalah. Ini kes nak mengampu sponsor atau nuffnang? Tamaknya! Bodek kedua pihak. Apa kau ingat pihak-pihak tu akan pandang jenis bodek kau yang murah ni? Tidak sama sekali.kah kah kah.

Cerita panjang-panjang kat blog pasal BE yang kau dapat tapi asal tak print screen sekali BE kau tu ha? Ni mesti kes earning BE kau ciput kan. Tu yang malu nak tayang. Baru BE. Bukan cash out pun tapi dah riak semacam je aku tengok. Cuba kalau sekali cash out, aku syak mesti riak tahap ketinggian gunung everest tu padahal jumlah cash out baru RM50. kah kah kah. Come on. Nak cash out pun biarlah beribu ringgit. Baru bangga sikit kau nak riak segala.

Ada yang suka pagi-pagi bukak mana-mana newspaper online ke apa. Terus baca tajuk utama. Terus up entri pasal tajuk utama tu. Kau ni tak reti dah ke carik bahan explicit sikit kasi orang baca? Nak buat apa kau nak up entri benda yang orang dah baca kat newspaper online tu right? Ouh. Jawapannya mesti lah nak kejar keywords. Bangun pagi tanam niat nak jadi blog pertama yang ada entri pasal tu and ada keywords pasal tu kat Google sana. Ataupun kalau bukan kat newspaper online kau cekau story. Kau mesti carik kat Facebook apa yang tengah panas.

Contohnya kes bapak sakit mental sembelih anak umur 3 tahun tu. Cepat je kau up entri pasal tu. Padahal entri copy paste dari hmetro sana kalau tak pun copy paste dari blog lain. Kalau takat tambah ayat kau kesian kat si mangsa dengan mak dia kat bawah entri kau. Aku rasa tak ada point langsung entri kau. Meaningless entry I mean. Again. Kejar keywords kejar traffic seperti biasa. Isu tu tengah panas macam cendawan goreng. So aku rasa kau mesti expect ramai akan baca kan. Dalam pala otak kau mesti dah plan awal-awal kan entri tu mesti dapat sambutan kan. Aha

Nuffnangers yang aktif join semua contest yang dianjurkan. Ada contest yang best tawarkan hadiah lumayan sikit je terus join. Terus dalam otak merangka-rangka story apa kau nak tulis. Bila Nuffnang tak pilih kau sebagai pemenang terus kau sentap lebih. Dah tak menang tu diam je lah. Buat cara orang kalah. Jangan nak buat cara orang kalah macam cara orang menang. Ada paham maksud aku? Ini tak termasuk lagi segala event Nuffnang mesti dia nak join. Berhajat nak buat personal contact dengan pihak Nuffnang sana denga berharap cara macam tu pihak Nuffnang kasi iklan lebih kat blog kau katakan.kah kah kah.

Aku tak pernah cash out duit Nuffnang aku lagi. Sekali pun tak pernah. Aku tak pernah lagi bersemuka face to face dengan bloggers lain selain Iss, Shu'bah dengan Macha.LOL! Well. Aku low profile punya budak. Rendah diri katakan.muahahaha!

Apa kau dah miskin sangat kah sampai nak jadi kemaruk sangat kejar earning kau tu? Aku cadangkan gini lah. Kau masuk program Bersamamu TV3 tu. Lepas tu jangan lupa promote blog kau sekali dalam program tu. Bukan sahaja kau dapat duit derma free dari orang. Kau dapat traffik free kat blog sekali youuu. Ok tak? kah kah kah!

Aku nak tanya. Kau blogging sebab apa? Sebab nak kejar earning ini semua kah. Kalau semata-mata blog untuk duit aku rasa tak ada point kau kasi blog kau hidup sampai sekarang. Earning dengan traffik je kau rasa penting dalam blog kau sehingga kau abaikan kualiti satu entri tu. Traffik blog tak akan terkejar punya lah sampai bila-bila pun. Bawak-bawaklah berubat penyakit kemaruk kau ni.kah kah kah!

p/s: jom makan satay kajang. aku nak belanja ni pakai duit nuffnang aku. teeeetttt. itu propa sahaja. fikir aku ni murah hati sangat ke? kah kah kah.

post signature

Jumat, 20 Agustus 2010

Dosa 24 Jam di Facebook - Bukan Entri Ceramah Agama

Hye all. Apa khabar semua? Sihat kah? LOL.

Hari tu Facebook heboh dengan video lucah budak sekolah. Ala budak sekolah raba meraba tu. Kalau belum tengok memang rugi.HAHA. Sorry. Aku tak download video tu. Tapi aku tak nak pertikaikan isu budak sekolah tu. Aku nak pertikaikan isu video Dosa 24 Jam di Facebook. Aku tak akan berceramah bab agama kat sini. Sebab aku bukan Islam. Kang ada yang rasa budak kafir sekor ni tak layak berceramah agama kan.HAHA. Anyway, aku dah tengok sampai habis video tu yer. Ada dua perkara yang aku perhatikan dalam video tu.


Macam entri aku yang sebelum ini terutama sekali entri Annoying, aku kaji dulu sebelum tulis. Mana boleh tulis ikut suka hati tok nenek moyang aku je kan.kah kah kah. Seperti biasa otak aku akan tune kepada satu sudut alam yang jarang dijejaki oleh pemikiran manusia. Maka terjadi lah kesimpulan ini.

Apa yang aku nampak dalam video tu. 100% DITUJUKAN untuk kaum perempuan. Dan ini sangat tidak adil. Kenapa perlu tujukan kepada perempuan sahaja? Ye. Aku tahu perempuan Islam wajib tutup banyak bahagian. Habis lelaki ni tak ada aurat kah yang patut ditutup? If I am not mistaken aurat seorang lelaki dari pusat ke lutut. And a funny things is aku pernah tengok gambar seorang lelaki kat Facebook sana hanya memakai boxer masa kat air terjun. You all know kan boxer dia cuting macam mana. Pendek mana. Siap nampak bulu-bulu dari betis ke peha lagi oi.

Kenapa video ini hanya ditujukan kepada Facebook? Apa kat dunia tenet ni dah tak ada social network lain ke? Come on dude! Myspace sana tu ha. Lagi banyak gambar perempuan tertonggek sana. Tertonggek sini. Lagi hotttttt gambar perempuan dalam tu dari gambar perempuan dalam Facebook. Gambar perempuan kat Facebook dah kira lagi sopan dari kat Myspace sana. At least aku tak jumpa lagi gambar perempuan Melayu yang pakai bikini dan dipeluk oleh lelaki kat Facebook sana. Kalau kau betul-betul buat research secara mendalam memang dengan social network lain kau akan include.

-Facebook and Mark Zuckerberg The Founder

Aku tahu kenapa hanya ditujukan untuk Facebook. SEBAB FACEBOOK DIMILIKI oleh MARK ZUCKERBERG yang berketurunan Yahudi. LOL. Kau benci Yahudi. Fineee. I know you have a good reason why you hates the jewish. Tapi dengan Facebook sekali kau benci apa halnya? Ouh. Again. Reason sama. SEBAB MARK tu orang Yahudi. Inilah yang dikatakan marahkan nyamuk dengan kilang shieldtox tu sekali dimarahnya. Aku benci Bush tapi aku tak benci all the americans. LOLOLOLOLOL! Kalau Myspace dengan Friendster tu dimilik oleh Yahudi aku rasa tajuk video ni akan bertukar kepada DOSA 24 JAM di MFFB - Myspace Friendster Facebook.HAHA.

Mengapakah begitu mudah kita terperangkap dengan permainan yang dicipta oleh Facebook? - dosa 24 jam di facebook.

Aku syak ni mesti isu konon-konon pihak Israel sana tengah scan profile Facebook semua orang. Pernah tahu pasal kalau kita tulis status yang ada perkataan Israel nanti status kita akan ada kat Fan Page Israel tak? Boleh rujuk fan page Israel untuk paham apa yang aku katakan. Dan orang akan fikir pihak Facebook tengah scan siapa yang anti-Israel sebab Mark tu orang Yahudi.LOL. Ok. Itu kisah manusia yang tak pernah buat research secara mendalam pasal concept Facebook ni.

Actually setiap artikel yang ada kat Wikipedia tu dia akan sync masuk Facebook. Cuba kau tengok fan page rojak. Satu persamaan. Dua-dua pun under Wikipedia. Kau search lah Israel ke atau rojak kat wikipedia sana. Mesti akan keluar artikel yang sama seperti dalam fan page tersebut. So, masih fikir kau orang dalam permainan Facebook atau profile kau sedang di-scan oleh pihak Facebook sana? Kalau staff Facebook nak scan profile kau orang semua, tak adanya pakai cara senang macam tu. There must be a way they doing it and we will not know about it. Top secret. LOL

Kalau kau masih takut-takut dengan privacy and security Facebook sila jangan teragak-agak DELETE account Facebook kau terus. Tak payah nak sedapkan hati dengan deactivate pun dah cukup. Itu hiprokrit. Aik. Kata nak boikot produk Yahudi. Tunjuk lah sikit semangat kau tu nak boikot. DELETE sahaja account Facebook kau tu ok. Tak ada orang amik kisah pun.

Actually kalau kau pandai fikir dengan menggunakan daya kematangan kau yang tinggi, gunakan lah satu produk tu dengan sebaik mungkin tak kira lah produk tu terhasil dari mana. And kau orang pun dah besar panjang. Dah boleh keluar air mani. Dah datang period tiap-tiap bulan. Pandai-pandailah jaga diri bila dedahkan gambar sendiri kat Internet ni. Jangan nak dok camwhore sampai tayang semua.LOL

Jangan amik kira dosa 24 jam di facebook sahaja. Amik kira sekali dosa 24 jam kat dunia realiti ni macam mana. And btw, those yang dah sebarkan link video tu atau dah upload kat mana-mana site bawak-bawaklah remove link/video tu. Ok. Yang buat video ni dah kena tegur dengan seorang yang berpangkat ustaz. And that video pun dah kena remove oleh si pemiliknya kat Youtube tapi dah terlambat. Sebab video tu dah tersebar kat Facebook sana dah.

Aku pernah bersayang-sayang dengan lelaki melayu. Tu pasal aku tahu aurat lelaki dari mana ke mana. Jangan kau fikir aku ni cina yang tak tahu pape pasal bab-bab ni walaupun tak berapa nak expert.LOL. Kadang-kadang baca entri Ugly Truth macam ni boleh menajamkan daya pemikiran daripada setiap masa baca entri yang sedap memandang sahaja.

p/s: Sarcasm helps keep you from telling people what you really think of them.

post signature

Selasa, 17 Agustus 2010

Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog

Again. Tulis satu entry yang aku menyampah dengan segelintir bloggers tapi seperti biasa aku tak akan namakan siapakah mangsa itu yer. Sampai sekarang tak ada siapa yang boleh teka siapa yang aku maksudkan dalam entri Camwhore Dalam Blog Sangat Annoying. Fikir aku tulis suka hati je ke. Siapa makan gula dia yang terasa manisnya right?LOL

Hari ini aku nak tulis pasal shoutbox yang kau semua taruk dalam blog kau tu. Hampir 80% blog yang aku pergi mesti ada shoutbox kan. Tapi aku nak cakap pasal shoutbox aku lah. Malas nak kutuk shoutbox blog orang lain padahal shoutbox sendiri pun macam tu gak.LOL.

Aku tak tahu berapa banyak point aku akan isi nanti. Sebab aku tulis ikut apa yang terlintas dari kepala otak aku yang tak berapa betul dua tiga hari ni.HAHA. Tapi yang pasti mesti ada sekor dua lanun yang terasa dengan point aku.muahahahaha! (evil laugh with evil look)


Kalau kau hanya berniat blog walking dan tinggalkan mesaage kat shoutbox aku seperti ini : "hye. Come and visit my blog" etc etc itu semua. Aku tak kisah. Kadang-kadang aku tergerak hati gak nak tahu kau siapa. Bila aku dah masuk blog kau tu. Aku view and scroll from top to bottom. Mana tahu ada entri best dari blog kau aku boleh komen. Tapi tak ada yang menarik perhatian aku.LOL. Bosan-bosan aku ajak kau sembang cik kiah kat shoutbox blog kau :DD.

Lepas dua tiga hari kau masuk lagi blog aku. And you leave the same message again in my shoutbox! *sigh. Dan kau expect aku nak buat apa dengan message kau tu? Masuk blog kau lagi sekali and start over again our conversation? No way! Dari sana aku dah tahu apa motip kau tinggal message yang sama kat shoutbox aku dan jugak shoutbox orang lain. Tak lain dan tak bukan sebab nak kejar traffic kan! Huh.


Sanggup plak duduk depan PC selama 3 jam untuk blog walking and blog walking. Bisul kang bontot kau.kah kah kah. Alasan cuma satu. Nak kasi maintan jumlah visitor dalam sebulan. Penting sangat ke jumlah visitor tu? Masa yang terluang tu baik kau pergi cari bahan untuk updated entry. Kalau entry kau best kau tak payah panggil pun orang masuk blog kau sebab mesti dorang rela nak masuk punya.


Ada lagi satu jenis lanun yang suka membanggakan alexa rank dia kat shoutbox aku tu dulu. Entah apa kes dengan perempuan tu. Dok masuk blog aku mesti ada je kata dia baru updated entry pasal blog rank dia yang dah ke berapa minggu ni. Kau dah kenapa weyh? Aku tak minat langsung nak tahu rank blog kau. Kalau rank blog kau tu lagi tinggi dari blog aku kenapa? Kau fikir aku akan jeles ke? kah kah kah. And obviously aku tak akan masuk langsung jenis blog macam ni. Buat apa nak kasi traffik free kepada traffik lover macam tu. Sila bayar aku sejuta dollar baru hari-hari aku masuk blog kau. Fikir semua nak free je!

Ada lagi ni jenis lanun yang suka inform kat aku yang dia dah click nuffnang aku. So? Kau expect aku akan click nuffnang kau semula ke sebab kau dah tolong click kan? No way ok! Macam aku yang suruh kau click nuffnang aku. Ada ke kat mana-mana dalam blog ni aku tullis "please click my nuffnang. And I will click yours too". TAK ADA kan? Lain kali bukak mata tu besar-besar! Suka hati kau nak click ke tak. Aku tak paksa dan tak kisah. Dan ini mouse aku suka hati aku lah nak click nuffnang kau ke tak. Point ni include untuk lanun dapatwang tu yang suka benar tinggalkan link dapatwang dorang kat shoutbox tu. MENYAMPAH ok.

Dan yang last. Bila dah masuk bulan puasa ni ada je yang datang tulis "Selamat Berpuasa". Ha? Aku tak pernah puasa weyh. Asal kau cakap macam tu. Tak tahu ke penulis blog ni cina? Lagipun benda ni tak payah lah kot. Semua orang dah tahu dah masuk bulan puasa. Lepas tu bila raya akan ada message "Selamat Hari Raya. Puasa penuh tak?". LMAO! Benda ni ikut musim. Bila musim bola. Akan ada message "Sokong team mana malam ni?". Tak payah jadik typical untuk tulis message tu sebagai tanda kau blog walking.

Sebab tu aku remove shoutbox aku terus. Lepas raya aku masukkan balik itu pun aku ingat mana aku campak code shoutbox aku tu.HAHA. Kalau tak nak sembang kat Twitter sana boleh sembang kat shoutbox. Boleh bergosip macam program cik kiah. Bukak kopitiam sendiri. Sembang pasal dunia pun boleh. Kau nak marah-marah aku atau nak carik pasal pun boleh tapi tolong tinggalkan link atau email. Jangan jadi manusia yang hanya tahu menyorok kat belakang batu belah batu bertangkup tu!

Tapi bila ada manusia yang tak reti pakai shoutbox. Jadi macam kes yang aku mention kat atas ni lah. Mungkin jalan penyelesaian yang terbaik ialah adakan kelas Mari Menggunakan Shoutbox dengan Cara Lebih Efektif. Yuran pendaftaran adalah PERCUMA! Siapa nak join sila angkat bulu hidung masing-masing! kah kah kah.

Ok. Itu sahaja point aku untuk kali ini. Ada apa-apa penambahan ke my dear readers? Kalau ada rasa tak puas hati ke apa boleh komen kat bawah ni. Jangan risau. Aku memang baca setiap komen kau orang kat blog ni walaupun aku ada penyakit liat balas komen blog. LOL :D

p/s: I wrote an entry on another blog. If you interested to read it, just visit Fitri's blog :D. Tq.

post signature

Rabu, 11 Agustus 2010

Entri Ini Bukan Untuk Contest Mohd Khairuddin

Aku tak tahu apa yang menariknya pasal Mohd Khairuddin(MK) dengan emak dia tu. Aku tak rasa lawak langsung video mereka berdua. Sumpah aku tak gelak langsung. Aku hanya pernah tengok satu video dari mak MK ni. Selama berapa minit entah aku rasa bosan untuk dengar dan tengok apa mak dia kata dalam video tu.zz

Plus I heard there is a contest MK anjurkan. Pasal orang tu kena tulis perkara yang emak sendiri pernah buat sampai malukan anak sendiri. Aku kasi contoh lah. Contoh sahaja. Kalau ada orang tulis pasal si tanggang kata emak aku kotor dan miskin. Aku malu nak menatap wajahnya dan mengaku dia sebagai ibuku. Tu kira perkara memalukan tak? Kalau kau berkira-kira nak masuk contest MK tu yang tawarkan RM3000 untuk menang baik tulis cerita yang extreme macam tu. Aku baca entry yang dah masuk contest tu semua biasa sahaja. Tak mampu buat aku ketawa atau menangis.


Itu dalam reality. Kalau dalam mimpi macam mana? Aku tengah judge apa motip dua orang ni sampai publish video dalam youtube. So aku dalam mimpi ke? Or in dream within dream? Sudahnya sekali Inception dalam entry ni lagi.HAHA. Chet. Rupanya pasal nak promote satu prepaid card; Alliance You:nique Prepaid Card kat orang lain. Dan ini macam pengiklanan gak lah. Adakah dorang ni ada pertalian darah dalam real life dorang ni? Aku sangsi perkara tu since semuanya dilakukan untuk promote a card only!

Kau tak nak join contest dia ke?
Untuk apa aku nak tulis benda yang mama aku pernah buat sampai malukan aku? Sama-sama dapat malu and I will not give that reason to others to know my secret! Plus I hate to write about my family in my blog. Aku kalau tulis pasal family aku kat blog aku dah dapat rasakan aku seolah-olah cuba membuka pekung di tetek sendiri.hoho. My family matters will stay in my family matters. People from the outside no need to know right?

Ini video yang aku tengok itu hari dari emak MK. Konon-konon rakam dari webcam. Percaya lah kau itu video rakaman dari webcam.keh3. Bukan rakam betul-betul dari webcam lah. Perhatikan cermin mata yang mak MK pakai tu. Macam ada alat perakam yang lain. Plus. Since when webcam boleh hasilkan video yang clear macam ni? Kalau ada jenis webcam boleh rakam se-clear ni kenapa aku masih nampak ada cameraman reflect dari cermin mata mak cik ni? HOHO. Nevermind then. Bukan soal webcam di sini. HAHA


Baik aku tengok video bawah ni yang mampu buat aku gelak sakan walaupun aku dah tengok banyak kali. DR FADZILAH KAMTUMI (COME TO ME). Insan Yang Cemerlang datangnya dari akal, dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang. LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOL!


Aha. Aku dah tak ada life. Hilang segala kenikmatan sampaikan aku rasa orang lain kata MK dengan emak dia tu best tapi aku hanya pandang biasa sahaja. Adakah aku dah hilang life atau video dorang memang biasa sahaja? Yang membuatkan video dorang kelakar bila ada manusia lain bagi tahu manusia lain yang video ni best and manusia itu hanya angguk tanda bersetuju tanpa berfikir dari sudut lain dahulu.hoho.

Aku tak kata MK dengan emak dia tu annoying kan Facebook aku yang float dengan link video dorang. Is my own perspective at here. Setiap perkara aku fikir dari sudut yang berbeza dari kau. Tu pasal wujudnya pencanggahan pendapat and so on. Itu baru best kan. Dari semua orang sependapat and tak berdebat untuk satu statement so what life for?

Minda kau pun lama-lama lemau and cair sebab dah tak reti nak berdebat dengan orang lain. Apa-apa hal pun kau angguk dan geleng sahaja. Sampaikan satu tahap kau tak reti melawan balik. Ouh. MK kalau terbaca this very cheap entry jangan marah nah. As I mention earlier. This is my opinion from different angle when things happens around me.HAHA.

Asalnya entry ni aku nak tulis untuk review novel yang aku tengah gigih habiskan. Last-last jadi entry ni. Entry rojak. Review novel nanti lah yer. Better aku habiskan baca novel ni dulu.

For those who are fasting Happy Fasting Month. And btw, don't ask me to fast with you. I will not fast since my perut very manja. Will hungry every time I awake.haha. Kalau dah tak rela kau ajak aku puasa pun aku tak akan buat. Buat satu perkara perlu ikhlas right. Bila tak rela tak ikhlas lah tu. But I amazed to the muslim whose fast. Macam mana lah boleh tahan lapar dari pukul 6am sampai 7pm. HOHO.

Ok. Happy break fast and sahur. :DD
post signature

Senin, 09 Agustus 2010

6 Perkara Annoying Bila Tengok Wayang

Aku nak story pengalaman aku masa tengok wayang. Benda yang sangat annoying kan pala otak aku selama tayangan wayang tu dari mula sampai habis. 6 perkara je yang sangat buat aku pissed off sebab aku jarang pergi tengok wayang. Disebabkan 6 perkara ini aku lebih rela sedut sahaja movie itu semua dari warez dari pergi tengok kat panggung.

"Ala cakap je kau kedekut nak keluar kan duit tiket wayang dengan popcorn" Aha. Aku hanya tengok movie kat cinema dari director yang betul-betul genius dalam hasilkan satu filem yang berkualiti seperti movie Inception [nada berlagak]. miahahahaha~

1. Tendang kerusi dari belakang
This totally making me so pissed off sepanjang movie tu oke. Apa kaki kau panjang sangat ke sampai nak tendang kerusi aku ha? Kalau aku sound time tu gak kecoh plak satu panggung tu and kacau orang lain tengah feel dengan movie tu. So aku diam kan sahaja. But dalam hati satu ton sumpah seranah aku kasi kat orang tu. Kalau nak seat yang boleh lunjur kaki tu, kau tak payah datang tengok movie lagi bagus. Duduk kat rumah tengok dengan dvd player. Duduk kat sofa rumah kau. Boleh baring tergolek bogel. Suka hati kau.

2. Talking.
Hey! Kau datang nak tengok movie ke atau bukak kopitiam kau sendiri ha? Kalau kau dah tahu sangat jalan cerita movie tu apa motip kau nak berlagak dengan kawan sebelah kau yang belum tengok movie tu? Kesian kawan kau. Dia tengah try FOKUS kat movie depan mata dia. Tapi mulut kau kepoh dari tadi dok story apa jadi next and next until the end of the movie. Bangang! Kalau dah pernah tengok duduk diam-diam sudah. Berlagak macam penulis script murahan plak. Nanti lepas movie keluar dari panggung pergi Food Court tak boleh nak story ke?

3. Henfon
Aku sangat tak paham apa motip manusia tu datang tengok wayang tapi dok tilik henfon dia. Yela aku tahu lah kau nak tengok pukul berapa or ada message ke tak. Tapi kau tak tahu ke cahaya dari henfon kau tu menganggu konsentrasi aku masa tengok movie tu. Tilik-tilik pun takat nak tengok gambar awek. Heroin dalam movie kat depan mata kau tu 1000 kali lebih sexy dari gambar awek kau tu oke.huh. Depan mata ada screen besar tapi lagi suka tenung screen kecik kat henfon kau tu dah kenapa?

Lagi-lagi yang tak pernah reti nak silent phone masa movie tu ditayangkan. Apa susah sangat silent untuk selama sejam or dua jam? Please lah. Can you learn how to silent your phone?

4. Over
Apa yang selalu aku perhatikan. Yang selalu over ni budak sekolah menengah. Macam masa aku tengok The Last Airbender. Budak yang duduk depan aku looks like a school boy. Dia nak over gelak masa tengok satu babak lawak tu. Padahal tak lawak sangat pun. And his laughing sounds is totally a fake to me. Bukan sekali dua. Banyak kali dia buat fake laughing sound yang sama. Kawan dia pun dah start sound dia suruh berhenti buat bunyi gelak tu.

And some girls so over reacting masa tengok iklan sebelum movie tu start. Contohnya iklan Twilight tu. Sekali keluar muka Jacob terus jerit-jerit hensem lah apa lah. Bingit telinga aku. Kau ingat ni concert ke apa ha?

5. Bawak budak kecik
Amaran kepada mak apak sekalian. Kau nak tengok movie please lah tak payah bawak budak-budak sekali. Anak kau bukan paham pun movie tu pasal apa. Kalau movie cartoon aku boleh lagi terima. Bila anak start meragam mula lah anak kau tu menangis and meraung. Bingit telinga aku. Aku macam nak tampar je mulut anak kau tu suruh diam. Sabar moi. Tu anak orang. Hilang fokus aku kat movie tu. Tinggal sahaja anak kau tu kat day care center. Senang.

6. Berjalan
Yang ni aku menyampah. Kau nak terkucil ke terberak ke setel lepas habis movie tu tak boleh ke? Lebih-lebih lagi orang tu duduk tengah-tengah and depan aku. Mesti susah kan nak keluar dari situ dengan keadaan hall theater yang gelap. Tengah feel movie tu boleh plak aku nampak susuk badan kau tengah try nak keluar pergi toilet. See. Aku dah terlepas satu babak movie. Cis!

Nak kencing ke berak ke lepas habis tengok wayang aha. Macam tak boleh tahan. Lain kali pakai pampers masa tengok wayang tau.kah3. 30 minit sebelum habis movie Inception aku dah rasa pundi aku ni nak keluarkan air kencing tapi aku tahan je sebab tak nak miss any part of the movie.haha. Lagipun aku duduk paling dalam sekali masa tu. Malas nak menyusahkan diri sendiri dan orang lain untuk keluar dari barisan kerusi aku. Tahan.

Perkara tu je lah yang bisa buat aku annoying sangat setiap kali nak pergi tengok wayang. Takat ni belum pernah lagi tengok couple beromen depan mata aku kat dalam hall theater tu.haha. Itu pun orang annoying kan? Cheap punya laki. Tak mampu lah tu keluar duit beromen kat 5 stars hotel.kah3.

Korang plak ada pape nak tambah ke pasal perkara yang annoying masa tengok wayang? Sila tulis feedback korang kat komen form tu. :D

p/s: baru habis tengok The Last Airbender. Boleh tahan gak movie tu although I don't like fantasy movie much as I like Sci-Fi movie :D. Waiting for Narnia to release this December :D

post signature

Rabu, 04 Agustus 2010

Camwhore Dalam Blog Sangat Annoying

[Ini entri draft yang dah berkurun aku simpan]

Satu fenomena telah berlaku kat Malaysia. Terutama sekali dalam dunia blog Malaysia. Lebih-lebih lagi dalam blog seorang gadis remaja. Kenapa? Aku dah lama perhatikan perkara ini. Ye. Aku suka jadi pemerhati. Ada camwhore dalam blog. First..

Mari kita pahamkan apa kejadah camwhore tu.
Whore = Sundal. Itu yang Google Translate dari English kepada Malay.keh3.
Cam = Kamera. Itu yang Rojak Translate dari English kepada Malay.LOL.

*Picture credit to Pei-Pei Untalented.

Then kenapa dengan camwhore dalam blog?
Aku seorang perempuan. Asal masuk toilet je, betulkan rambut. Touch up sikit dengan bedak. Lepas tu amik gambar depan cermin toilet. Itu salah satu kejadian camwhore dalam toilet. Ada macam-macam cara lagi nak menyundal dengan kamera ni.opsss. Bahasa sopan sikit camwhore right?

Tapi kau nak camwhore pun agak-agak lah! Tak kan sampai dalam blog pun kau nak taruk gambar camwhore kau? Dari aku puji kau lawa. Aku terus kutuk kau hodoh nak mampus. Sebab aku dah naik muak tengok muka kau di setiap penghujung entry kau. MUAK. Tak habis-habis buat muka innocent habis lepas tu snap gambar. Upload masuk blog. Ingat comel sangat ke kalau asyik posing sama sahaja?

Ouh. Camwhore ni kan setiap posing pun sama sahaja. Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya kalau posing cara lain, nampak kehodohan muka dorang tu. Tu pasal setiap kali snap gambar, mesti posing sama. Alahai. Aku muak dan menyampah tengok ok gambar-gambar camwhore dalam blog kau tu. Heh. Siapa kata aku jeles? Tidak yer. Aku dah cukup cun dan cantik sehingga aku tak sampai hati nak sundalkan blog aku dengan gambar-gambar aku.keh3. Perasan kau moi! Menyampah ai dengar. grrr.

Tak cukup dengan setiap penghujung entry mesti ada gambar camwhore dia tu, tambah plak sidebar pun ada. Memanjang sidebar tu dengan gambar dia yang semuanya posing sama. Yang tak samanya warna baju dan background dalam gambar tersebut.

Kau nak upload gambar kau sampai 1000 keping sehari dalam Facebook pun aku tak kisah lah. Sebab tak luak pun kalau news feed Facebook aku flood dengan gambar camwhore kau tu. Apa susah? Hide sahaja news feed kau. Tapi kalau kat blog mana boleh hide. Aku minat baca entry kau tu. Blog kau tu pun aku suka. Tapi bila dah ada gambar kau kat akhir entry tu, aku rasa macam sakit mata. Balik-balik posing sama. Boringggg.!

Aku tahu tu blog kau. Kau lah admin blog tu. Tapi kau tak kisah ke orang lain search gambar kat Google Image Search, lepas tu terpampang plak muka kau. Then dorang buat perkara tak senonoh kat gambar kau. Apa kau rasa ha? Kalau Facebook tu secure lah sikit. Sikit je aha. Yang selebihnya tak secure sangat pun. But at least kalau orang asing search gambar aku kat Google, tak ada lah keluar hasil dari album gambar Facebook aku.

Aku tahu lah blog kau tu blog personal. Tulis pasal life kau. Tapi perlu ke ada gambar kau menyemak kat entry kau? Padahal gambar kau tu tak ada kaitan dengan entry kau langsung.

Camwhore ni lagi satu. Dorang suka snap gambar dengan angkat kamera tu setinggi yang boleh sampai nampak bulu ketiak. Ini pengalaman aku lah sebagai salah seorang ahli Persatuaan Camwhore Malaysia. Sebab apa dorang buat macam tu? Sebab nak cover bahagian yang tak lawa tu. Lagipun snap cara macam tu nampak lebih kurus padahal badan besar seladang tak sedar diri.keh3.

Aku rasa aku ada cara penyelesaiaan untuk yang suka sangat camwhore kat blog ni. Caranya, kau buat entry khas pasal MY HOT AND SEXY CAMWHORE PICTURE. Lepas tu kat situ kau upload lah banyak-banyak gambar kau. Mesti best kan ramai kasi feedback macam ni "cun lah u ni. boleh kenal?" atau "muka macam miyabi je. u harga berapa satu malam?". Lepas tu sentap and melalak kat blog kata ada laki kurang ajar tanya macam tu. Padahal diri sendiri yang camwhore bagai, mana tak nya laki gatal batang nak tanya.keh3. Ouh. Jangan lupa gak jadikan entry tu sebagai entry sticky kat blog kau tu. Ha. Bagus tak idea bernas aku ni? Jarang aku dapat keluarkan idea sebernas ni.kah3.

Ok. Aku pun seorang perempuan yang suka camwhore. Everyone love to camwhoring but please don't makes people annoying with your camwhore picture with the same posing *sigh. Kasi lah gambar camwhore yg hot sikit. Camwhore gambar bogel ke. Baru orang lain tak annoying kan. Mesti ada yang simpan gambar kau tu sebagai kenangan. Paling tidak pun jadikan wallpaper desktop dorang.keh3.

Kang aku makin membebel makin ramai plak yang terasa dengan ayat aku. Takut ada plak yang berhati lembik dan butt hurt dengan statement aku nanti. Payah. Korang pandai-pandai lah yer mengubat hati yang terasa tu. Tak kuasa aku nak kasi penawar.haha.

p/s: don't misuse the term of camwhore. :D

post signature