"Ala cakap je kau kedekut nak keluar kan duit tiket wayang dengan popcorn" Aha. Aku hanya tengok movie kat cinema dari director yang betul-betul genius dalam hasilkan satu filem yang berkualiti seperti movie Inception [nada berlagak]. miahahahaha~
1. Tendang kerusi dari belakang
This totally making me so pissed off sepanjang movie tu oke. Apa kaki kau panjang sangat ke sampai nak tendang kerusi aku ha? Kalau aku sound time tu gak kecoh plak satu panggung tu and kacau orang lain tengah feel dengan movie tu. So aku diam kan sahaja. But dalam hati satu ton sumpah seranah aku kasi kat orang tu. Kalau nak seat yang boleh lunjur kaki tu, kau tak payah datang tengok movie lagi bagus. Duduk kat rumah tengok dengan dvd player. Duduk kat sofa rumah kau. Boleh baring tergolek bogel. Suka hati kau.
2. Talking.
Hey! Kau datang nak tengok movie ke atau bukak kopitiam kau sendiri ha? Kalau kau dah tahu sangat jalan cerita movie tu apa motip kau nak berlagak dengan kawan sebelah kau yang belum tengok movie tu? Kesian kawan kau. Dia tengah try FOKUS kat movie depan mata dia. Tapi mulut kau kepoh dari tadi dok story apa jadi next and next until the end of the movie. Bangang! Kalau dah pernah tengok duduk diam-diam sudah. Berlagak macam penulis script murahan plak. Nanti lepas movie keluar dari panggung pergi Food Court tak boleh nak story ke?
3. Henfon
Aku sangat tak paham apa motip manusia tu datang tengok wayang tapi dok tilik henfon dia. Yela aku tahu lah kau nak tengok pukul berapa or ada message ke tak. Tapi kau tak tahu ke cahaya dari henfon kau tu menganggu konsentrasi aku masa tengok movie tu. Tilik-tilik pun takat nak tengok gambar awek. Heroin dalam movie kat depan mata kau tu 1000 kali lebih sexy dari gambar awek kau tu oke.huh. Depan mata ada screen besar tapi lagi suka tenung screen kecik kat henfon kau tu dah kenapa?
Lagi-lagi yang tak pernah reti nak silent phone masa movie tu ditayangkan. Apa susah sangat silent untuk selama sejam or dua jam? Please lah. Can you learn how to silent your phone?
4. Over
Apa yang selalu aku perhatikan. Yang selalu over ni budak sekolah menengah. Macam masa aku tengok The Last Airbender. Budak yang duduk depan aku looks like a school boy. Dia nak over gelak masa tengok satu babak lawak tu. Padahal tak lawak sangat pun. And his laughing sounds is totally a fake to me. Bukan sekali dua. Banyak kali dia buat fake laughing sound yang sama. Kawan dia pun dah start sound dia suruh berhenti buat bunyi gelak tu.
And some girls so over reacting masa tengok iklan sebelum movie tu start. Contohnya iklan Twilight tu. Sekali keluar muka Jacob terus jerit-jerit hensem lah apa lah. Bingit telinga aku. Kau ingat ni concert ke apa ha?
5. Bawak budak kecik
Amaran kepada mak apak sekalian. Kau nak tengok movie please lah tak payah bawak budak-budak sekali. Anak kau bukan paham pun movie tu pasal apa. Kalau movie cartoon aku boleh lagi terima. Bila anak start meragam mula lah anak kau tu menangis and meraung. Bingit telinga aku. Aku macam nak tampar je mulut anak kau tu suruh diam. Sabar moi. Tu anak orang. Hilang fokus aku kat movie tu. Tinggal sahaja anak kau tu kat day care center. Senang.
6. Berjalan
Yang ni aku menyampah. Kau nak terkucil ke terberak ke setel lepas habis movie tu tak boleh ke? Lebih-lebih lagi orang tu duduk tengah-tengah and depan aku. Mesti susah kan nak keluar dari situ dengan keadaan hall theater yang gelap. Tengah feel movie tu boleh plak aku nampak susuk badan kau tengah try nak keluar pergi toilet. See. Aku dah terlepas satu babak movie. Cis!
Nak kencing ke berak ke lepas habis tengok wayang aha. Macam tak boleh tahan. Lain kali pakai pampers masa tengok wayang tau.kah3. 30 minit sebelum habis movie Inception aku dah rasa pundi aku ni nak keluarkan air kencing tapi aku tahan je sebab tak nak miss any part of the movie.haha. Lagipun aku duduk paling dalam sekali masa tu. Malas nak menyusahkan diri sendiri dan orang lain untuk keluar dari barisan kerusi aku. Tahan.
Perkara tu je lah yang bisa buat aku annoying sangat setiap kali nak pergi tengok wayang. Takat ni belum pernah lagi tengok couple beromen depan mata aku kat dalam hall theater tu.haha. Itu pun orang annoying kan? Cheap punya laki. Tak mampu lah tu keluar duit beromen kat 5 stars hotel.kah3.
Korang plak ada pape nak tambah ke pasal perkara yang annoying masa tengok wayang? Sila tulis feedback korang kat komen form tu. :D
p/s: baru habis tengok The Last Airbender. Boleh tahan gak movie tu although I don't like fantasy movie much as I like Sci-Fi movie :D. Waiting for Narnia to release this December :D
Tidak ada komentar:
Posting Komentar