Senin, 04 Mei 2009

Surat Tawaran Unisel

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.








Tadi aku tengok peti surat rumah aku. Ada surat tawaran! Surat tawaran dari Unisel rupanya. Aku ingatkan Unisel dah reject permohonan aku sebab lama sangat aku tunggu surat tawaran dorang tu. Kalau bulan lepas masa aku apply Unisel ni aku memang nak sangat masuk situ tapi sekarang ni aku jadi blur dan tak tahu nak masuk ke tak.



Kursus Pengajian: Diploma Industri Multimedia

Fakulti: Fakulti Industri Teknologi Maklumat
Tempoh Pengajian: 2 tahun dan 5 bulan

Kampus Pengajian: Kampus Unisel Bestari Jaya.




Aku tak tahu pun apa tu Industri Multimedia. Aku sebenarnya masih memikirkan nak masuk Unisel ke tak sebab selain Unisel aku ada apply Multimedia University (MMU) dan mengikut gerak hati aku, besar kemungkinan aku akan dapat MMU tu. Aku tak tahu nak masuk MMU ke Unisel. Kalau kat MMU aku apply Diploma Teknologi Maklumat, course yang aku minat sangat-sangat.



Sehingga kini ayah aku tak tahu aku dah dapat surat tawaran dari Unisel sebab kalau dia tahu memang aku dengan kadar segera dimasukkan dalam Unisel tu.haha. Yela. Risau aku tak dapat sambung study kat mana-mana.



So, should I go for Unisel or wait for MMU?:01:


post signature

Selangkangan oh selangkangan

“Betapa enak menjadi perempuan, tinggal membuka aurat maka lelaki akan bekerja keras memperebutkannya”Begitulah sepenggal bait syair lagu dari The Panas Dalam yang berjudul “Cita-citaku”. Sebaris kalimat yang kalo diliat sekilas tidak lebih dari sebuah kalimat konyol biasa, namun kalo dicermati lagi sebenernya sangat dalem sekali makna kalimat itu. Wanita dibalik segala kelemah lembutannya,

Sabtu, 02 Mei 2009

10 Software Yang Perlu Berada Di Dalam Komputer Anda.

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Gambar di atas hanya sekadar hiasan sahaja dan tiada kena-mengena dengan entri kali ni. Entri kali ni aku nak tulis pasal software yang penting dan HARUS berada di dalam komputer/laptop anda. Tak kira la software tu dalam Freeware or Shareware tapi dikira penting dan aku menggunakannya dalam kehidupan seharian aku bila aku online. Sebenarnya ada banyak lagi software yang ada kat komputer aku ni tapi aku bagi tahu 10 sudah cukup. Jangan terkejut lak kalau jumpa software pelik-pelik kat komputer aku.haha:06:.


1. Media Player Classic (MPC)
Software ni sangat penting selain Windows Media Player (WMP). Pernah tak anda dah download movie/drama yang best then bila anda play kat WMP tiba-tiba keluar suara je. Gambar tak keluar pun. Aku dulu pun pernah mengalami masalah macam tu. Sebenarnya WMP tak menyokong semua format video. Penyelesaiannya adalah dengan men-download MPC ke dalam komputer anda.


2. Instant Messenger (IM)
Aku rasa tak lengkap kalau aku online tanpa buka mana-mana IM aku. IM yang aku maksudkan seperti Windows Live Messenger (WLM), Yahoo Messenger (YM), Myspace IM, Digsby. Percaya atau tidak. Setiap kali aku online aku pasti buka ke semua IM tersebut.



3, WinRAR , WinZip
Tanpa WinRAR aku rasa komputer aku tak lengkap langsung. Kalau yang belum ada sama ada WinRAR ataupun WinZip anda patut memiliki salah satu software tersebut. Aku rasa setiap komputer pun dah ada kan software ni setidak-tidaknya WinZip.


4. Photoshop, Gimp, Photoscape
Untuk yang suka edit gambar mesti kenal kan ketiga-tiga software yang agak popular tu kan? Aku pernah memiliki kesemua software tersebut tapi sekarang tinggal Photoshop and Photoscape je sebab tak larat la nak belajar cara guna Gimp tu. Kalau yang berminat boleh la download software tersebut. Photoscape software edit gambar yang paling senang and mudah difahami.


5. Internet Download Manager (IDM), Orbit Downloader.
Siapa yang tak kenal IDM yang memang laju bab download-download ni?haha. Komputer aku di-support oleh IDM. Life make easy kalau ada IDM tu sebab sume kerja nak download apa-apa software/movie/drama jadi lebih laju. IDM ni shareware, so pandai-pandai la anda crack atau beli terus IDM tu. Kalau nak freeware aku sarankan pakai Orbit Downloader.


6. Web Browser
Kalau tak ada web browser mana boleh online. Web browser yang aku minat dan menjadi pilihan utama aku ialah Firefox sebab Firefox ada add-ons yang memang best-best.haha. Selain Firefox ada lagi web browser lain contohnya Internet Explorer , Opera dan Google Chrome.


7. Ccleaner
Ccleaner ni tujuannya untuk menghapuskan temporary internet file. Kalau kita tak hapuskan fail-fail sementara tersebut komputer kita akan run dengan slow dan juga internet. Sesuai untuk orang macam aku yang online 24 jam sehari ni.haha.:06:


8. TuneUp
TuneUp boleh detect masalah komputer kita dengan cepat. TuneUp ni pun boleh cari semula fail-fail yang telah dihapuskan dari Recylce Bin. Boleh remove unwanted program dengan senang. Banyak lagi fungsi TuneUp ni. Kalau tak percaya anda patut download TuneUp.


9. Ares, Limewire
Ares dengan Limewire ni sama dengan Torrent. Aku tak pernah nak test Limewire lagi. Aku rasa Ares dan Limewire sama je fungsi dia iaitu donwload video. Tapi aku lebih suke menggunakan direct link sebab lebih cepat.


10. FastStone Capture (FSC)
Aku suka sangat software ni. Senang kerja aku bila aku nak buat PrintScreen. Pastu aku tak yah penat-penat masuk Photoshop atau Photoscape untuk edit Print Screen aku tu sebab FSC ada mini Paint dalam tu.


Fuhhhh..:Onion44:Habis jua aku review software yang perlu ada dalam komputer/laptop anda tu. Ada banyak lagi aku nak review sebenarnya tapi aku rasa cukup la kalau 10 je. Aku nak tahu software apa yang ada dalam komputer anda. Mai la share sama-sama. Sharing is caring maa.haha.:06:



-Sekian Untuk Entri Kali Ini-:Onion48:


post signature


Kamis, 30 April 2009

Slot Lagenda- Merah Putih ( TV3 ) [Kau Aku]

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.








Selain drama Filipina A Time For Us, aku ada gak layan drama Melayu. Pelik ke budak cina layan cerita melayu ni? Cita rasa aku ni lain sikit. Sampai drama Bollywood pun aku layan.haha:06:. Aku ni jarang layan drama kat slot Lagenda Tv3 tu sebab banyak hadap komputer petang-petang tapi drama Merah Putih ni menarik perhatian aku untuk ikut cerita ni selama satu jam.



Kalau baca tajuk pun mesti anda terfikirkan drama Bawang Merah Bawang Putih versi Indonesia tu kan? Tapi cerita Merah Putih ni ada kelainan daripada drama Indonesia tu.








Sedikit sinopsis Merah Putih.



Antara kelainan yang ditonjolkan dalam Merah dan Putih mengisahkan dua beradik tiri lelaki yang menyayangi antara satu sama lain. Mak tiri Putih yang berpura-pura menyayangi Putih. Tiada unsur deraan dalam drama ini. Mak tiri Putih iaitu Datin Mastura berhajat mahu menjodohkan Merah dan Anggun tetapi Anggun memilih Putih bukannya Merah. Dengan itu Datin Mastura dan kawan baiknya iaitu Mulan menggunakan pelbagai cara untuk memisahkan Putih dan Anggun termasuk menggunakan sihir ataupun bomoh.



Kalau nak tahu lebih lanjut kisah Merah Putih ni baik anda tengok sendiri di Slot Lagenda kat TV3 dari pukul 4.30 petang sampai 5.30 petang. Syok woiiii tengok cerita ni. Memang buat aku melekat dengan Tv selama sejam layan cerita tu!



Ini antara lagu/ost yang terdapat dalam drama Merah Putih. Aku dengan baik hatinya dah upload lagu-lagu dari drama Merah Putih masuk file hosting untuk anda dengan suka sukinya download masuk komputer anda. Semuanya dalam format MP3. Sila-sila sedut dengan senang hati ya.




Aizat- Kau Aku

Bau-
Anggun

Amylea-
Aku dan Mimpi


Notakaki: Aku suka lagu Kau Aku dengan lagu Anggun.


post signature


Rabu, 29 April 2009

Kembali Semula Pada Blog

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Dah seminggu agaknya aku tak update sebab sibuk cari bahan cerita. Seminggu yang lepas aku dah kekeringan idea untuk tulis blog tapi itu cerita seminggu yang lepas. Seminggu yang lepas aku tak hilangkan diri pun dari blog aku. Walaupun tak update mana mungkin aku nak tinggalkan Peti Menjerit kesayangan aku tu.



Dan kini aku kembali dengan blog aku yang telah bertukar wajah. Kali ni aku guna template 2 kolumn je sebab aku dah mula bosan dengan 3 kolumn. Lagipun blog aku berat kalau kolumn banyak-banyak ni. Aku terasa blog aku kali ni lebih ringan daripada biasa. Aku dapat idea nak tukar blog aku jadi 2 kolumn ni dari blog Biskoot.




Template aku ni dinamakan Friends Forever. Aku download template ni dari blog iEn. Di sini preview design originalnya. Aku dah edit template dari iEn mengikut "nafsu serakah" aku. Tangan aku memang tak boleh duduk diam. Suka edit situ sana sini coding blog ni.



Aku nak kredit kepada Aznoor sebab sudi sumbangkan "tangan" dia untuk header aku kali ini. Sebenarnya tu la tangan dia:06:. Aku cilok gambar dia dari MySpace and edit pakai Photoshop kesayangan aku tu! Macam biasa aku akan pakai Magnetic Lasso Tool pastu pakai Blur Tool untuk hilangkan kesan tampalan pada gambar tangan tu. Sebab mencabar jiwa raga aku ialah aku tak berapa suke pakai Magnetic Lasso Tool dari dulu lagi. Pening woiii masa aku edit tu!:Onion21:



Ini contoh gambar asal "tangan besar" tu:







Aku kagum cara dia amik gambar tangan tu and cara dia edit! Aku harap ada gaya tangan dia yang lain untuk aku edit lagi:16: grrrrr. Thankx pada kamu sebab bagi pinjam "tangan besar" tu. Ada masa saya pulangkan balik.



Notakaki: Lepas ni aku rasa nak buat contest la. Any ideas?:10:


post signature


Jumat, 24 April 2009

Kartu nama blogger

Setelah semakin beranjak dewasa(kalo tidak mau dibilang tua) intensitas pertemuan dengan orang-orang asing diluar lingkungan saya semakin tinggi. Dalam dunia blogosphere misalnya, saya mulai banyak mendapat kesempatan untuk bertemu dengan kawan-kawan blogger dari luar daerah yang selama ini hanya berinteraksi melalui dunia maya saja. Ditambah lagi sedikit demi sedikit saya memasukkan diri saya ke

Rabu, 22 April 2009

Will Stop Blogging For A Moment..

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Seperti sign board kat atas ni aku akan keluar dari dunia blog untuk seketika until ada further notice. Maksudnya aku tak akan update apa-apa buat seketika. Sebab apa aku buat macam ni? Anda tak perlu tahu sebabnya. Biarlah diri aku je yang tahu. Jangan risau aku tetap akan pantau blog ini dan akan follow up message-message dalam Peti Menjerit aku tu dari semasa ke semasa.


Aku akan kembali update tak lama lagi. Diminta harap bersabar.



Harap Maklum.
Peace No War!

post signature