Minggu, 15 Agustus 2010

Menyanyi Dalam Jamban Box - Karaoke Jamban

Dulu rumah lama pak cik aku pakai toilet letak kat luar rumah tu. Ingat rumah kampung melayu je ke ada? Rumah pak cik aku satu-satunya rumah cina yang ada toilet luar rumah. Please amazed! HAHA. Lebih kurang begini lah rupa toilet kat rumah lama pak cik aku.


Bila manusia dah terlebih kreatif, design toilet luar rumah ni pun dorang jadikan tempat untuk karaoke. Maka dinamakan karaoke jamban! Dan ini rupa karaoke jamban selepas dimodified.

Semestinya tiada jamban dalam tu! Yang ada TV, mikrofon,player untuk lagu, sofa dengan kerusi. Hardware lain aku tak tahu apa namanya.haha.

Kau mesti pernah masuk karaoke jamban ni kan walaupun sekali? Kecik dan sempit serta gelap di dalamnya. Silap-silap boleh jadi port maksiat dalam tu.LOL.

Lagu dalam karaoke jamban ni tak pernah updated aku rasa. Tahun lepas aku datang and tahun ni aku datang lagi. Lagu yang sama sahaja dalam playlist dorang. Tensen aku. Balik-balik lagu lama. Aku bukan reti pun nyanyi lagu lama dalam playlist dorang pun. Tu pasal setiap kali kawan aku mintak aku pilih lagu, aku jadi manusia paling tensen dan stress tahap gaban sekali. Sebab aku hanya akan pilih lagu dari Peterpan kalau tidak pun lagu Season In The Sky - Westlife. Aku memang minat Peterpan ni dari dulu. Tu pasal aku boleh recognize lagu dorang. Satu CD Album Peterpan pun aku ada taw! keh3.

Mikrofon dalam tu biasanya dah nak terbarai. Biasalah tempat murah. Agak-agak pernah maintenance tak karaoke jamabn tu? HAHA. Memang kacau stim betul kalau aku tengah mood nak melalak sekali suara aku tak keluar dari mic tu. Maka tanpa menggunakan mikrofon dan aku hanya gunakan jeritan batin seorang gadis untuk menyanyi lagu itu. Dan ini menyebabkan karaoke jamban aku tu macam nak pecah bila dah dapat tekanan daripada suara aku yang cukup merdu ini. Serak-serak basah kononnya! Padahal garau mengalahkan lelaki. Eh. Tak lah. Suara aku comel taw! :DD

Lepas tu bila turn aku nak nyanyi je aku kena tukar seat dengan kawan aku yang dekat dengan tempat search lagu tu. Menyusahkan dalam keadaan yang sempit nak change seat sebanyak 3 kali kot kalau ada 10 lagu and ada 4 orang dalam tu. Nak buat macam mana. Tak mampu pergi yang mahal Red Box segala tu. Amik yang murah ni. 10 lagu RM10. Last-last segala kekurangan karaoke jamban tanggung sendiri.keh3. Bila aku pandang jamban sebelah tu, ada akak tengah feel nyanyi duh. Siap ada gaya tangan bagai. Aik. Kak nak masuk AF ke? kah kah kah!

agaknya akak tu tengah bayangkan diri dia tengah nyanyi untuk konsert Lady Gaga yang macam ni kot.

Nyanyi dalam jamban tu plak sorang-sorang. Andaian aku cuma dua sama ada akak tu tengah nak testing vokal dia untuk audition AF atau Mentor akan datang. Ataupun dia baru kena tinggal dengan kekasih. Tu pasal feeling gila. Agak-agak dia nyanyi lagu putus cinta kot. Tak nampak plak dia nyanyi lagu apa masa tu. Cis! Sayang betul. Kalau tak boleh jadi bahan gelak aku masa tu. Jahat gila aku. kah kah kah.

Aku suka buat perangai gila aku dalam karaoke jamban ni. Suka hati aku je tukar irama lagu tu. Terus sengau bunyik dia. Aha. Pedulik apa aku. Aku bayar untuk lagu tu. So aku boleh buat dengan suka hati dengan lagu tu. Aku bab rosakkan lagu nombor satu. Jangan harap aku nak nyanyi lagu tu ikut irama ke melodi ke dengan mimik muka feeling. Tak akan jadi. Karang kawan aku kata aku perasan plak.kah kah kah!

Tingin plak nak melalak dalam karaoke jamban ni lagi. Kali ni aku janji aku akan buat muka feeling masa nyanyi. Jangan caya sangat janji manis dari aku. kah kah kah! Siapa nak teman dan belanja aku? Semestinya kena menadah telinga dengar suara aku yang merdu macam Giant dalam Doraemon.LOL. Mahunya cair tahi telinga kau nanti. Bagus lah. Tak payah pakai putik kapas korek dah! Aku kasi treatment untuk telinga kau free punya.kah kah kah!

p/s: Sarcasm. The ability to insult idiots without them even realizing it.

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar