Minggu, 17 April 2011

[Review Novel] : Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha #8

Untuk review novel sambungannya boleh baca di sini : [Review Novel] Hingga Ke Akhirnya - Stii Nur Dhuha

entri ringan ringan.
besok baru aku updated yang berat berat sikit.

itu hari aku turun Seremban Popular Bookstore. Saje saje gedik nak usha novel apa. Lepas tu aku jumpa novel Akhir Sebuah Cinta dari Siti Nur Dhuha yang pernah suatu ketika dahulu menjadi paling laris. Hoi. Novel yang ada kat tangan aku sekarang dah cetakan ke-6 tahu.

Selain novel itu, aku ada lagi satu karya Siti Nur Dhuha - Cinta Untukmu. Cinta Untukmu lagi best oke. Aku baru perasan aku belum review novel Cinta Untukmu. Nampaknya kena lah khatam lagi sekali. Sebab 60% cerita tu aku dah hampir lupa. heh heh heh.

Harga Buku : RM19.90
Penulis : Siti Nur Dhuha
Penerbit : Buku Prima
MukaSurat : 647

Tapi Akhir Sebuah Cinta tak berapa nak mengancam. Mungkin sebab Akhir Sebuah Cinta karya pertama daripada beliau yang sewaktu beliau berusia 16 tahun. Hoi. Muda gila dah ada imaginasi tinggi cam tu sampai boleh novelkan imaginasi dia tu. Aku sangat kagum tang tu.

Mula mula cerita untuk Akhir Sebuah Cinta starting point memang best lah. Tang waktu Tengku Khuzairi tu masuk rumah Mimi Atia. Mimi Atia ingat ada hantu masuk rumah. Hantu Kak Limah Balik Rumah kot. haha. Tang tu saspen nak mati aku rasa. pffffftttt~ Lepas tu Mimi Atia kena ugut kalau tak bagi Tengku Khuzairi stay rumah dia selama sebulan - dua bulan Mimi Atia akan dibunuh olehnya. Masa tu Tengku Khuzairi menjadi buruan polis sebab disyaki membunuh ayah sendiri.

Mimi Atia nak tak nak bagi tinggal je lah demi keselamatan diri sendiri dan keluarga dia kat kampung tu. Mimi Atia ni orang kelantan. Ada loghat Kelantan hoi. Pening aku baca loghat kelantan dia tu. Tang tu aku tak suka. Aku tak kata tak suka bahasa Kelantan. Tapi bukan semua orang faham bahasa Kelantan. Cuba lah bahasa Utara kah. Senang sikit.

Lepas tu Mimi Atia kat tempat kerja dia kenal Tengku Ezairy(abang Tengku Khuzairi) selaku bos baru dia. Masa tu dia tak tahu pun Tengku Ezairy tu abang kepada Tengku Khuzairi.

Yang si adik suka ugut pakai kekerasan. Yang si abang suka ugut kalau Mimi Atia tak nak kena buang kerja Mimi Atia kena jadi personal assistant dia. Keluar lunch dengan dia. Pergi mana mana pun kena sama sama. Aku masih wondering siapa yang hantar SMS kepada Mimi Atia mengaku yang dia itu teman wanita Tengku Ezairy. Penulis tak cakap pun sampai sekarang siapa orang tu.

Macam macam lah terjadi sampai Mimi Atia akhirnya memilih Tengku Ezairy untuk cuba lupakan kenangan dia bersama Tengku Khuzairi masa Tengku Khuzairi tinggal kat rumah dia tu. Tengku Khuzairi pula pilih Raja Ratna(adik angkat) untuk sakitkan hati Mimi Atia.

Yang paling tak best tu, Mimi Atia kena rogol dengan Raja Irwan (sepupu Khuzairi dengan Ezairy). Celaka sungguh. Mana suka hoi heroin awal awal cerita dah kena rogol. Tengku Ezairy boleh terima Mimi Atia yang dah tak suci tapi tidak Tengku Khuzairi. Mula mula tu punya payah nak terima hakikat yang Mimi Atia dah kena rogol. Tapi lama lama Tengku Khuzairi berlembut hati lepas tu menyamar jadi Adam Lavinge untuk pikat hati Mimi Atia semula.

Sebenarnya aku rasa ending cerita tergesa gesa sangat. Novel ini memang ada sambungannya - Hingga Ke Akhirnya (tengah baca). Sambungannya pasal kehidupan Mimi Atia selepas bernikah. Ha! Bernikah dengan siapa? Tu kena baca bahagian ending novel Akhir Sebuah Cinta baru tahu dia end up dengan siapa. Tapi aku rasa korang semua pun boleh agak kan. hehe.

Ok lah. Itu sahaja review aku. Aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Sebenarnya nak bagi 5 bintang tapi ending dia tergesa-gesa. Nanti lagi satu bintang tu akan aku bagi kepada novel sambungannya - Hingga Ke Akhirnya :D

Yang kat bawah ini, sinopsis untuk belakang novel tu.
Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.

Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.
p/s: korang dah baca ke novel ni? kalau dah, meh lah bagi pendapat tentang novel ni :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar