Minggu, 12 Juli 2009

Perkembangan Terbaru

Akhirnya aku dapat updated jua. Aku tak ke mana-mana pun tapi PC aku yang down dua hari ni :15:. Windows XP aku hilang gara-gara terkena virus. Terpaksa format semula PC aku ni. So PC aku telah menjadi seperti "bayi yang baru dilahirkan". Kosong tanpa sebarang software. Dari pukul 5 ptg sampai la pukul 9.20pm aku sibuk install semula software yang sangat penting untuk aku terutama sekali YM, MSN, Avira, Photoshop dan juga IDM.hoho.


Ramai yang tanya aku marah siapa berikutan aku tulis satu post yang agak emosional. Mana leh bagi tahu sebab orang tu ataupun kaum kerabat dia sedang membaca blog aku ni. Biarlah aku simpan seorang sahaja. Sehingga kini hati aku masih lagi panas bila tingat kat kejadian hari tu!grrrrrr :026::026:



Ok la. Tutup cerita tu. Aku nak tulis pasal cerita best lak.hoho. Semalam (Sabtu) aku pergi Jusco dengan Melaka Mall dengan Iss. Siapa Iss tu? Tu la kawan yang aku kenal kat forum. Eleh..pendiam la sangat ko tu iss.haha. Kitaorang pergi tengok cerita Ice Age 3. Tak leh blah cerita tu. Kelakar siot terutama sekali watak Sid.haha.:20:.

Inilah dia gambar aku dengan dia:



Aik satu je ke? Akceli banyak lagi la tapi aku suka sangat dengan gambar ni. Yang lain aku upload kat tempat lain. Sila cari sampai dapat.ngeeee~~:018::018:

-Sekian-blogger-emoticon.blogspot.com

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar