Kamis, 10 Juni 2010

I am Sorry.

Baiklah. Baca tajuk entri pun dah tahu kan entri ini berbaur maaf-maafan even belum lagi raya. Kalau sayangkan persahabatan turunkan ego tu sikit. Ok. Aku akan turunkan ego yang selama ni di tahap paling MAKSIMUM kepada di tahap MINIMUM. Sesiapa yang kenal aku akan tidak percaya aku turunkan ego aku ni.heh. Sila percaya sekarang.

Aku tahu aku dah lukakan hati kau, err mungkin sangat dalam sehingga kau boleh bengang gila kat aku. Aku sedar aku dah lukakan hati kau di saat aku melemparkan ayat-ayat bodoh dan bangang tu serta tak masuk akal. Ayat-ayat tu keluar dalam keadaan yang sangat marah dan tidak terkawal. Ayat-ayat tu bukan muncul atau terbit dari dasar hati aku.

Aku tak maksudkannya begitu. Dan aku bukan jenis orang seperti yang kau sangkakan tu. Hati aku juga bukan begitu ;(. Aku sayangkan persahabatan kita ni weh. Siapa lagi yang sanggup dengar aku melenting tak tentu hala kalau bukan kau. Siapa lagi yang sanggup dengar masalah aku yang tak pernah selesai tu. Dan siapa lagi nak ejek kau budak gemuk ;) dan siapa nak panggil aku budak buncit lepas ni ;(.

Aku tak nak kehilangan kau. Macam kau tak tahu aku ni jenis yg susah nak luahkan masalah kat orang lain even kat parents sendiri pun. Kau lah kawan aku yang boleh aku luahkan segala-mala masalah aku dan berkongsi kegembiraan dalam hidup aku ni. Ingat lagi aku call kau pasal aku gembira sebab isu rumah sewa aku dah selesai? Aku betul-betul happy hari tu sebab ada orang share kegembiraan aku tu. Lepas ni mungkin dah tak ada sebab keadaan dah jadi macam ni ;(.

Aku ikhlas meminta maaf dari kau. Maafkan lah aku. Maafkan aku juga part aku melenting tak tentu hala hari tu. Maafkan juga insiden aku melemparkan ayat kurang ajar kat kau tu. Sememangnya aku tak reti nak kawal tahap suhu mendidihnya hati aku ni ;(. Dah tak mampu nak putuskan satu lagi persahabatan. Macam kau tak tahu apa masalah aku selama ni. I am not so perfect ;(. Maafkan aku..
Aku hanya mampu tulis kat sini. Kalau aku duduk dekat dengan kau, sekarang juga aku cari kau untuk bincang pasal insiden ni. Aku yang mulakan dulu kan perbalahan kita tu? So aku nak setelkan dengan cara baik. Kalau boleh aku nak pulihkan semula persahabatan kita ni. Kalau boleh lah..kalau kau memaafkan aku ;(

Tak payah lah tahu aku tujukan untuk siapa. Nanti timbul gosip yang kurang enak pula contohnya scandal aku lah, boyfriend aku lah. Aku tak suka ok satu friendship boleh disalah ertikan.hoho. And for YOU, you are reading this right?

Ok bye ;(

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar