Jumat, 25 Juni 2010

Kisah aku zaman mula-mula blogging dulu

Aku start blogging tahun 2007. Akhir tahun 2007 terciptalah blog ni. Kira dah 2 tahun setengah sempoi je pakai blogspot sampai hari ini. HAHA. Tahun 2007 masa tu aku kenal dua manusia dari blog je. Iaitu Chokilala dengan Topotato. Masa tu aku tengah gian dengan Myspace lagi. So blog malas nak layan sangat.miahahahahaha.

Kau fikir aku start blogging terus pandai ke edit-edit ini semua? Tidak yer. Aku sangat noob masa tu.hahaha.

Template blog aku masa tu dari Pyzam je pun. Mana nak kenal lagi template yang adaption dari Wordpress itu semua. Memang berterabur lah template aku masa tu. Macam template tak siap pun ada. Tapi aku masa tu tak kisah langsung hiasan blog aku. Lantak lah. Readers pun tak ada langsung masa tu kot.miahahahahaha.

Header pun aku tak reti nak buat masa tu. Aku mana reti weyhh nak edit pakai Photoshop. Photoshop pun benci dengan aku masa tu. LOL. Photoscape? Haha. Tak tahu langsung kewujudan Photoscape masa tu.lol.

Syafiq yang tolong buatkan banner untuk blog ni. Banner tu sampai sekarang aku pakai ok. Malas ahh nak buat banner sendiri walaupun sekarang dah terer kan buat banner.heee

Dulu entri aku pendek-pendek je. Tulis dua tiga ayat dalam satu perenggan dan semuanya aku taruk center terus publish. Apa lagi? Ha. Font pun sama. Warna warni aku taruk sampai orang yang baca pun pening. Eh mana ada banyak readers dulu. T.T.

Kalau sekarang aku tak suka betul kalau blog ada autoplay lagu, dulu aku pun pernah taruk weyh. Tak ada langsung butang nak pause ke apa. Lagi teruk kan? hahahaha.

Sumpah geli kalau aku ingat balik zaman mula-mula blogging. Nak baca balik entri lama-lama aku tak sanggup ouh. Kenapa? Takut sawan bak kata yonna. Macam tak caya je aku yang tulis. Siapa sanggup khatam blog ni yang ada 415 posts? Silakan ok. Gwa salut kat lu kalau sanggup khatam blog ni sampai habis! yey!

Lepas tu aku dah mula kenal Blog Menjerit. Ah. Blog tu dah lama terkubur dah dari dunia blogging ni. Dari sana aku belajar edit template secara perlahan-lahan. Dan hasilnya ta daaaa template blog ni pun dah makin kemas kan. Itulah hasil titik peluh aku selama 2 tahun setengah aku blogging.

Bukan mudah nak belajar dari bawah edit template itu semua. Tu semua kena ada dedikasi yang tinggi. Kalau mudah putus asa lepas dapat error baik tak payah belajar edit ok.

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar