Selasa, 06 Oktober 2009

Torrent VS Direct Download

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Akhirnya aku telah terjerumus dalam kancah download movie. Kalau dulu hanya pandai download lagu MP3 je tapi sekarang ni sudah reti download movie. Kenapa dulu aku tak pernah download movie? Sebab aku hanya kenal torrent pada masa itu. Innocent kan? Ok. Mari aku kenalkan Torrent dan Direct Download. Aku tahu untuk pengguna tegar internet macam Darkk sudah pasti tahu apa yang akan aku rungkaikan kat entri ini.


01. Torrent



Biasanya file torrent yang korang download dari website Mininovaa dan website torrent yang lain, tu bukan la file sebenar tapi dipanggil file sementara dalam pemahaman aku la. Kemudian korang kena bukak file sementara tu dengan menggunakan client torrent contohnya uTorrent ataupun Bit Torrent. Anda boleh pause-kan downloading torrent tersebut bila-bila masa pun yang anda suka. Itu yang bestnya pasal torrent. Tapi harus diingat proses meng-download akan menjadi cepat jika ramai yang seed. Semakin ramai seed (download) semakin laju fail tersebuat habis di-download. Seed adalah automatik. Kita tak leh suka-suka nak seed. Itu kata Macha.

02. Direct Download



Direct download ialah kita download file dari server terus contohnya file itu di-upload dalam Media Fire dan maksudnya kita akan download fail tersebut dari server Media Fire. Jika server Media Fire down maka downloading kita pun akan jadi down. Yang bestnya direct download adalah lebih laju dari torrent jika anda adalah pengguna internet Streamyx Like Hell. Tapi ada sesentengah fail yang di-download melalui direct download tidak boleh di-pause atau di-resume. Jadi kena la on PC tu 24 jam sampai la download tu berjaya. Dengan menggunakan aplikasi seperti IDM downloading akan menjadi cepat dari download menggunakan web browser.

Softwara yang perlu dan wajib ada jika memuat turun tak kira pakai Torrent atau Direct Download ialah WinRAR atau WinZIP. Jika tiada software tersebut terutama sekali semasa anda men-download movie atau drama memang susah nak combine sume part tersebut menjadi satu.

Pada pandangan saya, saya lebih prefer Direct Download kerana Streamyx Like Hell di tempat saya. Lagipun Streamyx dah capped downloding melalui torrent. Takut terlebih bandwidth. Jadi direct download adalah sangat sesuai untuk pengguna macam saya. Jika saya berada di US atau luar dari negara Malaysia saya prefer torrent dan direct download.

Ini adalah link Direct Download movie Haeundae With English Subs. Thanks to Kraetiv sebab membaca request saya akan movie ini.

-Selamat Mendowload-16

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar