Kamis, 08 Juli 2010

Unofficial Ending For Doraemon (fan made)


Ah. Aku semakin sibuk dengan Mid Term aku (yela tu sangat). Online pun kejap je. Check FB. Check Twiitter. Check e-mail. Off. Main game. keh keh keh. Bukan nak study pun. Banyak benda nak updated kat blog. Tapi macam malas jari ni nak taip.huh.

Oh. Berbalik kepada tajuk asal entri ni. Aku dah lama nak share Unofficial Ending For Doraemon ni. Kenapa unofficial pulak?

Actually begini. Fujiko, penulis/pelukis Doraemon ni mangkat sebelum beliau berjaya plan untuk tamatkan cerita Doraemon ni. So, fans fanatik Doraemon pun create lah satu unofficial ending untuk Doraemon. Maka ini lah hasilnya.


Aku touching giler tengok video ni. Ah. Memang meleleh air mata aku weyh. Lagi-lagi part Nobita cakap sorang-sorang dengan Doraemon yang duduk macam patung dalam bilik tu. Touching seyh. T_____________T

Actually ada 3 ending yang fans Doremon ni hasilkan. Tapi dorang rasa yang ni yang terbaik. Ah. Memang terbaik!

Aku tak harap pun ada ending untuk Doraemon. Sebab kebanyakan anime tak pernah ada ending. Contohnya komik Hajime Kindaichi. Sampai sekarang still tak ada ending. Masih lagi diterbitkan. Komik Conan. Sampai sekarang still budak. Tak tahu bila boleh jadi besar balik. Sin Chan tu dah berapa lama bertapak kat NTV7. Dari aku darjah 6 kot Sin Chan mula ditayangkan kat NTV7. Berapa ratus lah episod Sin Chan tu agaknya.

Doraemon ni cerita kanak-kanak. Haruslah happy ending macam dalam video itu. Last-last Nobita berjaya cipta Doraemon balik dan kembalikan memori Doraemon dengan dia.

Untuk aku. Biarlah Doraemon ni jadi legend dalam childhood aku. Ah. Aku membesar dengan kartun Doraemon. Kat rumah pun still ada komik Doraemon ni masa mula-mula terbit. Dah kuning dan kusam pun komik tu.keh keh keh.

Ok lah bye. Banyak benda nak hafal ni. Study last minute woi. Ke pergi layan video Ariel dengan Luna Maya atau dengan Cut Tari? kah kah kah.

post signature

Minggu, 04 Juli 2010

Jom tengok movie Inception


Inception. Dijangka akan tayang kat Malaysia 15 Julai 2010! Ni bukan review movie ke apa. Sebab tayang pun belum nak tengok amendenya.haha.

Aku tertarik dengan cerita ni lepas tengok trailer dia. Ahaks! Trailer dia gempak gila weyh. Mula-mula aku nampak pasal movie ni kat iklan nuffnang blog Hellioz. Aku ingatkan movie ni ala-ala cerita 2012 tu. Tidak yer.keh keh keh.


Bukan sebab Leonardo berlakon dalam cerita tu. Tapi aku suka tengok efek yang dorang hasilkan dalam movie ni. Macam cool je.
Contoh efek seperti ini:




dan banyak lagi..
Boleh tengok kat Inception IMDB.

Cerita ni pasal apa?
Pasal mengawal minda manusia semasa tidur.
Nanti aku cerita lebih lepas aku tengok cerita ni ok. =)

Yang pasti cerita ni lebih gempak dari Twilight tu. Ah. I hate vampires story. Maaf lah yer peminat fanatik Twilight.kah kah kah.


Your mind is the scene of the crime -Inception
post signature

Jumat, 02 Juli 2010

[Respon] Pencen Game Facebook

Ini entri respon untuk Pencen Game Facebook yang ditulis oleh Syafiq a.k.a TmuKmkd. Weyh Syafiq, kau baru nak pencen game Facebook ke? Aku dah pencen dari awal tahun dah. Masa pertengahan Sem 3 aku itu hari.keh keh keh. Akhirnya kau berhenti main juga game-game tu kan termasuk Pet Society kesayangan kau tu. Ah. Taniah taniaha.hahaha.

Bila buka balik album game yang ada kat Facebook aku tu kan, baru aku terfikir banyaknya game aku dah main weyh. Banyaknya masa aku dah terbazir sebab main game Facebook ni. Ahaks!

Ada beberapa game yang aku dah block siap-siap kat Facebook tu. Sebab? Ah sebab kawan-kawan Facebook asyik hantar gift kat aku. Rasa rimas lak nak ignore satu-satu. So aku block lah game tu. Senang!


8 game yang dah kena block dengan aku. Sorry lah kawan-kawan yang masih main game yang dah aku block. Aku dah malas nak main. HAHA


Ini game Facebook yang pertama aku main. Restaurant City. Huihh. Mula-mula main memang addicted sial. Pagi, petang, malam aku hadap game ni. Suka benar tengok kawan-kawan aku jadi kuli dalam kedai makan aku.keh keh keh. Aku dah tak ingat aku tinggalkan game ni dalam level berapa.

Lepas tu muncul lak Farm Ville.


Yang ni game paling aku addicted. Sebab aku boleh lak bangun pepagi buta pukul 5 6 pagi semata-mata nak harvest sayur aku.kah kah kah. Dah macam petani yang berdedikasi untuk kebun dia lak.haha. Lepas tu berkomplot dengan kawan-kawan dari MMU Cyber hantar gift untuk selesaikan satu bangunan.


Game ni nama dia Roller Coaster Kingdom. Boleh bina fun fair sendiri. Lihat lah fun fair ciptaan aku. Ikut suka hati aku je bina.haha. Kalau banyak coin boleh lah beli permainan lain lepas tu taruk kat fun fair sendiri. Tapi kejap je aku dah boring dengan game ni. T_____________T


Sebab Chokilala aku terjebak dalam main game yang bernama Cute Cube ni. Ahaks! Hari-hari aku hadap game ni nak tangkap patung lah. Tangkap gula lah. Kenapa kena tangkap tu semua? Kena selesaikan satu task baru leh tukar level. Last-last itu lah hasilnya. Tengok ada patung Snow Man. Aku main masa mat salleh sibuk nak sambut Christmas.hehe.

Dan banyak lagi game Facebook yang pernah aku main..

Korang yang dok addicted dengan game Facebook ni dengar lah nasihat aku ni, tak lama je game yang kau main tu. Nanti developers Facebook tu keluar lagi satu game baru. Lepas tu kau tak menang tangan nak handle banyak game weyh.keh keh keh.

Sila tinggalkan dunia game Facebook dengan kadar segera sebelum kau jadi ketagih macam aku dulu.kah kah kah.

p/s: best gak main respon-respon entri blog orang.keh keh keh

post signature

Rabu, 30 Juni 2010

Belanja Aku Secret Recipe 10 Kali Ok!

Happy July u'all =p

Ahaks! Aku nak makan Secret Recipe sangat ni (muka sangap) keh keh keh. Sesiapa yang bermurah hati, meyh belanja aku makan kek kat Secret Recipes ni 10 KALI ok! Sekali tak cukup. Demand tinggi lak aku ni.haha.

Kali terakhir aku pergi Secret Recipe dengan akak aku. Meroyan dengan dia makan Secret Recipe. Lepas tu jakun tengok karipap giant dalam peti cermin tu (tak tahu panggil apa peti tu).hahahaha. Seducer betul aku tengok gambar-gambar kek dari Secret Recipe ni. Air liur semakin meleleh. Ahaks! Drooling weyh.



Jom tengok apa menu kek yang ada! (bersedia untuk drooling)









*ini paling mengoda jiwa raga aku. lihat lah coklat dia tu. haishh. nikmatnya kalau cair dalam mulut aku. Mesti mengalahkan nikmat masa aku makan sundae coklat.


and..


*muka aku akan jadi secomel ini kalau ada yang sudi belanja aku makan kek Secret Recipe 10 kali. keh keh keh.

All those picture I got it from Flickr and Google Image Search. (^_^)

p/s: weyh. Bila nak belanja aku Secret Recipe 10 kali? keh keh keh

post signature

Senin, 28 Juni 2010

kenapa aku suka tumblr?


Itu hari kan aku ada heboh kat blog aku dah ada tumblr. Yes. Sampai sekarang aku addicted betul dengan tumblr ni. Blog ni pun dah mula diabaikan sejak aku kenal tumblr.keh keh keh

Kenapa aku suka tumblr?

Sebab kat tumblr sahaja aku boleh updated banyak-banyak photo quotes. Tak caya pi tengok tumblr aku. Sure hampir setiap entri banyak gambar dari tulisan. And those photo quotes resemble my heart the time I updated my tumblr.chewahhhh.

photo quotes yang aku rasa paling style.

Aku rasa kalau aku updated blog ni dengan gambar sahaja tanpa sebarang tulisan mesti semua orang blur apa yang aku cuba sampaikan.haha. Tapi tumblr lain. Kau updated lah sampai berjuta gambar or quotes pun. Tak ada siapa nak pangkah.keh keh keh. Kat tumblr lah aku rasa bebas luahkan perasaan aku melalui quotes even tak ada siapa boleh faham masalah yang aku hadapi saat itu.

Ahh. Aku paling suka tumblr ni boleh reblog. Kau suka dengan entri tu, reblog sahaja. Tak payah fikir kau plagiat ke apa. Bebas weyh tumblr ni.

aku sayang tumblr.

Ouh. Thanks to those yang pernah YM atau FB chat dengan aku bertanya masalah aku and so on. Kalau boleh aku nak cerita full story masalah aku tu kat korang. But sometimes I have my own little secret. Ahh. Baca sahaja tumblr aku and understand those quotes I posted. "everyone of us is a story, and once you read a story, you understand it more"

Siapa ada tumblr? Tinggal link kat komen or just follow my tumblr. Nanti rajin aku buat rombongan cik kiah ke tumblr kau.haha.

post signature

Minggu, 27 Juni 2010

[Entri Bergambar] : Atas Bawah - Bawah Atas

Ahhhh. Lagi entri bergambar. Ni agak lawak. Baca lah kalau nak. =)
Kena baca dari atas tu. Dah habis baca dari atas. Lepas tu try baca dari bawah lak. Mesti kau tergelak punya. =)

Dapat gambar ni dari Facebook Nabihan Nordin.




Aku dah tergelak yer lepas habis baca dari bawah. Keh keh keh.
Semoga terhibur~ :D

post signature

Jumat, 25 Juni 2010

Kisah aku zaman mula-mula blogging dulu

Aku start blogging tahun 2007. Akhir tahun 2007 terciptalah blog ni. Kira dah 2 tahun setengah sempoi je pakai blogspot sampai hari ini. HAHA. Tahun 2007 masa tu aku kenal dua manusia dari blog je. Iaitu Chokilala dengan Topotato. Masa tu aku tengah gian dengan Myspace lagi. So blog malas nak layan sangat.miahahahahaha.

Kau fikir aku start blogging terus pandai ke edit-edit ini semua? Tidak yer. Aku sangat noob masa tu.hahaha.

Template blog aku masa tu dari Pyzam je pun. Mana nak kenal lagi template yang adaption dari Wordpress itu semua. Memang berterabur lah template aku masa tu. Macam template tak siap pun ada. Tapi aku masa tu tak kisah langsung hiasan blog aku. Lantak lah. Readers pun tak ada langsung masa tu kot.miahahahahaha.

Header pun aku tak reti nak buat masa tu. Aku mana reti weyhh nak edit pakai Photoshop. Photoshop pun benci dengan aku masa tu. LOL. Photoscape? Haha. Tak tahu langsung kewujudan Photoscape masa tu.lol.

Syafiq yang tolong buatkan banner untuk blog ni. Banner tu sampai sekarang aku pakai ok. Malas ahh nak buat banner sendiri walaupun sekarang dah terer kan buat banner.heee

Dulu entri aku pendek-pendek je. Tulis dua tiga ayat dalam satu perenggan dan semuanya aku taruk center terus publish. Apa lagi? Ha. Font pun sama. Warna warni aku taruk sampai orang yang baca pun pening. Eh mana ada banyak readers dulu. T.T.

Kalau sekarang aku tak suka betul kalau blog ada autoplay lagu, dulu aku pun pernah taruk weyh. Tak ada langsung butang nak pause ke apa. Lagi teruk kan? hahahaha.

Sumpah geli kalau aku ingat balik zaman mula-mula blogging. Nak baca balik entri lama-lama aku tak sanggup ouh. Kenapa? Takut sawan bak kata yonna. Macam tak caya je aku yang tulis. Siapa sanggup khatam blog ni yang ada 415 posts? Silakan ok. Gwa salut kat lu kalau sanggup khatam blog ni sampai habis! yey!

Lepas tu aku dah mula kenal Blog Menjerit. Ah. Blog tu dah lama terkubur dah dari dunia blogging ni. Dari sana aku belajar edit template secara perlahan-lahan. Dan hasilnya ta daaaa template blog ni pun dah makin kemas kan. Itulah hasil titik peluh aku selama 2 tahun setengah aku blogging.

Bukan mudah nak belajar dari bawah edit template itu semua. Tu semua kena ada dedikasi yang tinggi. Kalau mudah putus asa lepas dapat error baik tak payah belajar edit ok.

post signature