Kamis, 05 Mei 2011

[Design Pelik] Rak buku yang disusun ikut suka hati. Janji tak jatuh!

Hai. Selamat hari Khamis. Aku sangat berharap hari ini merupakan hari Sabtu. Tahu tak kenapa? Sebab aku mengantuk. Aku ras nak tidur lebih lama tapi kena ke tempat practical. Aku dah mula tak suka bangun pagi ni. Tak ada semangat langsung nak bangun tidur. Aku tidur pun 5 jam. Mengikut last status aku sebelum tidur di Twitter. Ye selalunya 5 jam yang lalu. Tapi masih tak cukup tidur!

Sebenarnya disebabkan keadaan yang tak cukup tidur ini, aku nak blogwalk pun dah kurang sikit sekarang. Banyak entri yang aku belum balas komen. Tapi masih ada yang sudi datang blog ni dan baca apa aku post. Hehe. Mak terharuuuuuuu.

Aku pernah pos satu entri pasal rak buku yang design dia sangat menarik dan semua orang pun nak beli. Sekarang nak buat entri yang sama juga. Kali ini mesti kau teruja dengan design rak buku yang kau boleh susun ikut suka hati kau. Sebenarnya nak bagi nama rak buku graviti since rak buku ini bermain dengan effect graviti!

Rak buku ini direka cipta oleh Malagana dan boleh diklasifikasikan dalam minimalist design. Rak buku ini tidak perlukan apa apa peralatan dalam pemasangannya. Cuma susun sahaja ikut creativity masing masing! This one really caught my eyes here!

Dah letak buku pun tak jatuh. Stabil!



Susun. Susun.


Mesti mahal kan? T_T wuuuu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar