Jumat, 01 Januari 2010

Review Novel: Andai Itu Takdirnya (Siti Rosmizah) #4

Penulis: Siti Rosmizah
Harga: RM 19.90
Halaman: 588
Penerbitan: Buku Prima Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-3669-65-3

Post pertama untuk hari pertama dalam tahun 2010 aku mulakan dengan review novel yang baru sahaja aku habis baca; Andai Itu Takdirnya. Untuk penggemar novel romantik sure dah tahu kan pasal novel ni. Entah-entah ada yang dah khatam sampai 10 kali kan.hihi. Aku mula tertarik dengan novel ni bila aku baca dalam Majalah Remaja kat bahagian novel. Lama-lama aku tertarik nak beli novel tu terus instead of beli majalah tu tetiap bulan.



So, aku pun mula cari novel tu kat sekitar Seremban. Tapi hampa. Semua kasi jawapan sama: HABIS STOK. Cepat kan habis stok. Bermakna novel ni best gila babeng. Sudah semestinya aku tidak akan lepaskan. Ok. Putus asa. Then dengar beberapa kritikan. Tertanya-tanya dalam hati patut beli ke tak. Ok. Aku beli novel lain. Bila dah dapat hidayah baru beli lagi.

Then sebelum aku balik Port Dickson untuk cuti semester, aku sempat la sambar novel ni kat Tesco Popular Bookstore.hoho. Tergerak la nak beli. Hidayah sudah dapat gayanya. Balik Port Dickson baca. 3 hari kemudian aku dah habis baca. Teruja nak habiskan. Teruja nak tahu apa akan jadi kepada rumah tangga Aleya dengan Aizril. Novel ni la yang berjaya gugurkan air mata aku. Dah berapa kali aku nak nangis lepas baca babak Aleya koma. Aku terharu dengan kata-kata Aizril. Nangis dan nangis lagi. Tersentuh beb.

Hati aku tiba-tiba jadi benci pada Zril. Lelaki yang penuh dengan egois. Tak habis-habis nak mempertahankan keegoaan dia sampaikan Aleya yang tak bersalah jadi mangsa. Tapi di sebalik ego Zril rupanya tersimpan perasaan sayang dan cinta pada Aleya.huhh. Macam biasa la. Laki kalau dah sayang mana nak tunjuk-tunjuk. Nak cover macho kunun.

Cerita ni bermula kat Warwick University, tempat Aleya dan Aizril bertemu. Aleya masa tu dah simpan rasa sayang dia pada Zril tapi siapakah dia untuk memiliki Zril. Aleya anak orang miskin dan Zril anak koporat, dari golongan berada. Mereka bukan setaraf. Tapi takdir telah menyatukan mereka kepada satu insiden. Kes tangkap khalwat kat kondo Zril telah menyatukan mereka. Maka bermula la penderitaan Aleya semasa berkahwin dengan Zril. Zril dera Aleya dari segi mental dan fizikal. Sampaikan Zril sanggup perkosa Aleya, bini dia sendiri. WTF!!

Lepas kes perkosa tu, Aleya hamil. Zril bercadang nak ceraikan Aleya lepas nikah dengan sepupu dia, Sharifah Emilin. Tapi tak jadi nikah. Sebab Zril sedar dalam diam dia ada perasaan sayang kepada Aleya. Ok. Aku hanya nak cerita sampai situ. Yang lanjutnya sila beli novel ni dan baca. Gerenti korang puas baca.

Aku memang suka dengan watak Sharifah Emilin tu. Memang menjadi watak gedik dia. Even Zril dah kawin dengan Aleya dia still nak kacau rumah tangga Zril. Katanya Aleya dah rampas kekasih hati dia tu. Nak balas dendam katakan. Macam-macam cara dia buat supaya Aleya benci dengan Zril.hoho. Menjadi? Sure la menjadi. Kalau tak menjadi baik tak yah ada watak Sharifah Emilin.haha.

Overall, kalau ada 5 bintang aku kasi 5 bintang. Ada 10 bintang aku kasi 10 bintang. Sesiapa yang baca novel ni akan tersentuh beb. Masa aku beli novel ni dah masuk cetakan yang ke-8. Bayangkan la. Novel ni dari 2008 dah ada 6 cetakan. Masuk 2009 dah 2 cetakan. Best. Best. Best dan TERBAIK!

Sinopsis penuh disediakan oleh Good Reads:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


Hope u all enjoy reading this novel.

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar