Kamis, 29 Januari 2009

PHOTOSHOP VS GIMP 2.6

Photoshop?? Maybe ramai yang penah menggunakan Photoshop(PS). Tapi entri aku kali ni aku bukan nak tulis pasal PS tapi ada software ni ala-ala PS. Sebelum ni kan aku pernah tulis pasal software Photoscape dan sekarng ni aku nak tulis pasal GIMP 2.6 yang hampir serupa seperti PS. Aku pernah menggunakan PS pada ketika dahulu tapi free trial. So aku memang tahu GIMP 2.6 lebih kurang macam PS. Kalau nak donwload masuk komputer korang kena la baca sampai habis apa yang aku nak tulis pasal GIMP 2.6.



GIMP 2.6 ni adalah PERCUMA. Diulangi PERCUMA! Tak macam PS kena beli lepas dah habis guna free trial. GIMP 2.6 memang ringan kalau nak download masuk komputer jadi jangan risau sangat pasal berat dia. Tak kira korang download pakai IDM ke atau yang biasa pun ia tetap cepat habis download. Kalau PS ambil beberapa jam juga kan?

Aku dapat tahu pasal GIMP 2.6 ni pun dari FICK(SILA KLIK UNTUK TAHU MANUSIA TERSEBUT):White12:. Secara tak sengaja hari tu aku YM dia tanya penggunaan PS tapi dia kata dia pakai GIMP 2.6. Aku tertanya-tanya apa software yang dia cakap tu. Aku pun dnegan kadar segera google GIMP 2.6. Ternyta setelah aku habis download GIMP 2.6 memang serupa macam PS isi kandungan dia. Cara penggunaan GIMP 2.6 pun serupa macam PS.

Sekarang anda mahu menggunakan PS ataupun GIMP 2.6 yang PERCUMA seumur hidup korang??
Tepuk dada tanya selera.

Aku lupa special thanks to azree(sila klik untuk tahu manusia tersebut):White12: sebab dia yang ajar aku pasal PS walaupun aku tak sempat guna pun..hehehe.

Mahu download GIMP 2.6? Klik here

Tidak ada komentar:

Posting Komentar