Sabtu, 03 Januari 2009

Soalan Maut Dari Deskcom!!

Aku dgn Fick main satu permainan ni iaitu, erk..aku pun tak tahu nama permainan ni..
kalau nak tahu tanya si Fick (sila klik untuk tahu siapa yang aku maksudkan) tu sebab dia yang cipta permainan ni..
Aku menanyankan tentang 'Kenapa Lelaki Penipu?'
dan Deskcom lak tanya pasal 'Kenapa Perempuan Gemar Mendedahkan Aurat di Khalayak Ramai?'

Setelah 2 hari aku memikirkan jawapannya dan akhirnya aku dapat membuat satu huraian ringkas, inilah hasilanya :


Pada pendapat aku,tak semua perempuan ni suka dedahkan aurat ataupun berpakaian seksi di depan orang. Perempuan yang dedahkan aurat ataupun aku gunakan bahasa yang lebih mengancam SEKSI sebab mereka ini ada keyakinan diri. Tak semua perempuan yakin nak pakai baju seksi ni termasuk diri aku.

Sebab kedua pula baju yang sendat ni memang murah. Nak save bajet la tu,hahaha. Perasan tak artis negara ni semua suka pakai baju berkemban bila ada Majlis Anugerah sebab dah jadi trend. So remaja-remaja perempuan pun terikut-ikut akan artis kesayangan mereka tu lalu cuba berpakaian seksi dan seakan-akan idola mereka.

Sebab ketiga dan terakhir dari ku ini ialah terpulang kepada seseorang itu menilai cara pelakuan seorang perempuan itu. Kalau orang rasa pada pandangan mata perempuan tu seksi, so seksi la perempuan tu dan juga sebalikanya.


Notakaki : Sebenarnya aku tak tahu kenapa dan mengapa kebanykan kaum sejenis aku cam tu. Aku bagi pendapat aku ikut teori dan kelogikan je. -HARAP MAKLUM-


Fick, kau berpuas hati tak dengan huraian aku ni???

Tidak ada komentar:

Posting Komentar