Rabu, 30 September 2009

Cara Menghasilkan Frame Bulat ( Photoshop CS4 )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Ini tutorial pertama Photoshop yang saya tulis. Jadi kalau ada kekurangan sila kritik dengan bernas.haha. Tujuan tutorial ini dihasilkan kerana saya sering terlupa cara menghasilakn frame bulat. Jadi terpaksa saya search di Google semula untuk mencari tutorial sebegini. Saya menggunakan Photoshop CS4. Saya bukan la pandai crack untuk upgrade ke versi Photoshop yang lain. Jadi tutorial kali ini adalah untuk Photoshop CS4 ke bawah. Untuk CS4 ke bawah fungsinya tetap sama walaupun Panel agak berlainan.


Langkah pertama:
Sila buka gambar yang ingin di-edit. Saya menggunakan gambar saya sendiri dalam tutorial ini.



Langkah kedua:
Sila pilih Rounded Rectangle Tool dengan right click.



Radius boleh di-adjust. Suka suki nak letak bape pixel pun.



Kemudian lukis menggunakan Rounded Rectangle Tool tadi ke atas gambar yang ingin di-edit. Hasilnya akan menjadi seperti ini. Gelap di tengah. Mengikut warna Foregroud Color. Kalau Foreground Color anda berwarna putih maka putih la di tengahnya.



Untuk menghilangkan warna di tengah tersebut sila ke Layer Palate dan right click pada Shape dan pilih Blending Option.



Kemudian satu window baru akan keluar kan? Pergi ke Advanced Blending dan di bawahnya terdapat Fill. Sila pilih 0% untuk Fill. Tadaaa..sila lihat gambar yang di-edit. Warna tengah dah hilang.



Langkah kedua:
Anda sudah berjaya melukis rounded corners. Taniah diucapkan! Langkah kali ini akan mengajar anda memotong bahagian yang tidak diperlukan untuk menghasilkan frame bulat yang cantik.

Sila ke Layer Palate dan klik pada Path.



Setelah itu sila right click pada Shape 1 Vector Mask dan pilih Make Selection.



Sila klik OK di window Make Selection.


Setelah klik Make Selection, gambar yang di-edit akan mendapat garisan putus-putus yang berkelip kan di bahagian rounded corners yang anda lukis tadi. Kemudian sila ke Menu dan klik pada Select dan plih Inverse. Selepas memilih Inverse akan muncul satu lagi garisan putus-putus yang bergerak.



Langkah ketiga:
Sikit je lagi anda akan berjaya menghasilkan frame bulat.

Sila ke Layer Palate dan pilih background. Kemudian anda tekan butang DELETE yang berada di keyboard anda ataupun CTRL + X. Kemudian CTRL + D



Dan hasilnya:
Jika mahu tukar warna tersebut sila klik Paint Bucket Tool dan set kan Foreground Color yang anda mahukan.



Tambahan, jika anda tidak mahu warna putih yang berada di luar frame bulat tersebut sila ikut langkah-langkah di bawah.

Langkah pertama:
Sila ke Menuh dan pilih Select. Dalam menu select pilih Reselect.



Selepas Reselect sila ke Menu dan pilih Select kemudian klik pada Inverse. Biarkan garisan putus-putus itu bergerak dan kekal aktif pada gambar.



Langkah kedua:
Klik Edit pada Menu dan pilih Copy Merged.



Setelah itu pergi ke File dan pilih New.



Setting haruslah seperti pada gambar rajah:
Present: Clipboard, Background Content: Transparent.



Selepas itu akan keluar lagi satu window pada tab Photoshop anda.



Langkah ketiga:
Masih lagi berada di window New yang anda hasilkan tadi. Anda hanya perlu klik semula Edit dan Paste. Nampak perbezaannya frame bulat yang anda hasilkan sebelum ini mempunyai background color tapi kali ini tidak lagi. Telah menjadi background petak-petak kan (transparent).



Langkah keempat:
Untuk menyimpan gambar frame bulat anda sila ke File dan klik pada Save As.



Pilih extension PNG. Hanya extension .png yang menghasilakn transparent background. Jika anda memilih extension .jpg frame bulat anda itu akan menghasilkan backgroud putih semula.



Klik OK.



Syabas! Anda telah berjaya menghasilkan satu gambar berbingkai bulat yang cantik. Ini hasil kerja saya:
Kiri bingkai bulat tanpa backgorund color dan kanan bingkai bulat dengan background color.



Sekian sahaja tutorial kali ini. Masa akan datang saya akan hasilkan lebih banyak tutorial Photoshop CS4. Sebarang pertanyaan tentang tutorial ini? Sila tinggalkan pertanyaan anda dalam ruangan komen. Kritikan pun boleh 12.

bye

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar