Sabtu, 26 September 2009

Cara Meniru Zaman Sekolah

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Masih aku ingat cara-cara aku meniru zaman sekolah. Tak kira dalam ujian bulanan atau peperiksaan akhir tahun aku tetap akan meniru. Cara ini telah dipraktikan dari aku form 1 sampai form 5. Masa sekolah rendah jadi budak baik nanana. TAK PERNAH meniru. Naek sekolah menengah jadi nakal gila. Bukan jahat okay! Kalau jahat tu maknanya jadi samseng sekolah! haha. Moh lihat cara-cara meniru aku and kawan-kawan aku.haha.4



01. Tulis nota kat kalkulator.



Tulis je segala formula atau nota kat cover kalkulator tu. Dulu kalkulator aku tu penuh dengan formula fizik. Nak padam balik pun susah.haha. Tapi cikgu memang tak perasan sebab dorang tak kan larat :003::003: nak check satu-satu kalkulator setiap student kan. Lain la cikgu yang betul-betul gigih nak membasmi peniruaan.haha.

02. Simpan nota dalam test pad.



Masa exam korang mesti bawak test pad masuk kan. So dalam timbun-timbun test pad tu tulis la nota-nota nak meniru. For sure kalau bernasib baik dapat cikgu yang tak berapa mata tajam :018: korang selamat la. Kalau tak MAMPUS 38.haha. Sebab aku hampir terkantoi dulu buat cam tu.

03. Simpan nota dalam poket.



Cara ni untuk manusia yang rajin meniru. Sebab kena rajin pergi toilet. Korang buat je kunun-kunun nak pergi tandas. Then dalam tandas keluarkan nota tu and hafal dalam masa sepantas 15 mungkin. Tapi harus diingat jangan terlalu kerap pergi tandas nanti orang syak kau BUASIR nightmare.haha.

04. Pergi tanya junior.



Kalau korang dapat soalan macam untuk budak-budak junior elok la melencong pergi kelas dorang and rujuk buku rujukan dorang. Seperti cara di atas, buat-buat nak pergi tandas tapi pergi kelas lain.haha. Dulu tandas perempuan sekolah aku sebelah kelas budak form 4. Masa tu tak dapat nak jawab soalan Biologi Form 4. Apa lagi pergi kelas tu amik buku Biologi dorang and hafal dalam sepantas kilat 15.haha.

05. Bertukar-tukar nota.



Set timing dengan kawan kelas sebelah sama-sama pergi tandas. Lepas tu kat tandas bincang and tukar-tukar nota. Sebelum tu kena la message dulu kat kawan tu kau nak nota or jawapan yang mana satu. Kalau nak message pandai-pandai la 28. Kang terkantoi bukan dengan kau terkantoi henfon kau jadi barang rampasan pengawas or cikgu.haha.

#Jangan salahkan blog ini jika kau terkantoi. Sebab cara meniru ini hanya untuk orang professional je#wuakakakaka.

Sebenarnya ada macam-macam cara nak meniru lagi kan. Aku hanya senaraikan cara meniru aku zaman sekolah.hoho. Masa sekolah tiru la selagi boleh tiru 17 sebab bila dah masuk universiti memang tak ada chance nak meniru. Kalau terkantoi meniru masa sekolah maybe hukuman tak berat kena sebatan je. Tapi kalau terkantoi meniru masa kat universiti hukuman sangat-sangat la berat. Unutk MMU, pelajar yang terkantoi meniru akan di-bar 1 dari mengambil sebarang exam dalam masa setahun. Setahun tu kejap je tapi bukan boleh refund balik yuran sem.haha.

Lagipun memang tak de chance nak meniru masa test or exam kat universiti. Memang kitaorang dikawal ketat. Kalau masa kuiz boleh la tiru tapi markah kuiz bukan berapa pun. Sebab tu lecturer mana 28 kisah kalau student tiru masa kuiz.haha.

So, adik-adik sekalian. Selamat Meniru. Jangan Tekantoi.haha. Or jangan la meniru. Study last second belajar atau cari soalan-soalan ramalan kalau tak spot je soalan-soalan yang maybe akan keluar nanti.

-Selamat Meniru-6

p/s: Gud luck untuk pelajar PMR dan SPM yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi.:001::001:

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar