Senin, 28 September 2009

Drama Korea Yang Mampu Mengalirkan Air Mata

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Entri ini tersangat la feeling 17. Motip feeling-feeling nak Final ni? Sebab aku dah lama tak feeling-feeling la. So mari kita berfeeling-feelingan :001:.

Pasti korang ingat lagi kan drama-drama korea yang mampu membuat sesiapa sahaja mengalirkan air mata jika paham message yang cuba disampaikan. Antara yang paling terawal masuk Malaysia: Winter Sonata dengan Autumn in My Heart. Ok. Aku tak nak cerita pasal Winter Sonata sebab aku tak pernah tengok. Aku tidak memahami cerita tersebut. Mari cerita tentang Autumn In My Heart dengan Stairway To Heaven.:001:


01. Autumn In My Heart.



Cerita ni drama korea pertama yang aku tengok. Pada mulanya agak boring 31. Yela. Baru pestime tengok cerita korea masa tu tapi lelama terasa best. Terasa nak tahu endingnya bagaimana. Lalu aku tengok sampai habis.For the first time masa aku tu aku mengalirkan air mata untuk cerita tu masa episod terakhir dia. Sebabnya dah berminggu-mingu layan habis cerita tu pasti aku akan rindu pada rupa Song Seung Heon(Hero) bukannya Won Bin ok. Apa-pun semasa menonton semula video Autumn In My Heart OST tersebut membuatkan hati aku tetiba sebak. Maybe sudah matang dah mula boleh paham message sepenuhnya.

02. Stairway To Heaven



Oh! Drama ini sangat menyayat hati. Percaya atau tidak setiap episode yang aku tonton aku akan menangis 1. Sungguh! Sedih aku tengok setiap babak dia. Habis lebam biji mata lepas tengok cerita ni. Tak pernah miss. So tak pernah la miss menangis depan kaca TV.huhu. Cerita ni lebih kurang serupa Autumn In My Heart tadi tu tapi Stairway To Heaven lebih menyayat hati. Dengan pengorbanan seorang abang tiri kepada adik tirinya sudah cukup membuatkan tisu rumah aku habis kerana mengelap air mata.

Aku cukup suka kedua-dua drama tersebut. Top drama sepanjang zaman aku.haha.Sekarang drama korea dah tak berapa nak best dah. Dah tak hot dah kan macam zaman-zaman mula-mula Autumn In My Heart kan? Lagipun drama korea sekarang aku tak tertarik langsung untuk tonton sampai habis. Sebab not my taste.haha. Maybe aku suka cerita yang sedih macam Autumn In My Heart. Kalau ada cerita macam tu pasti aku akan tonton. Percayalah .

Anda bagaimana? Minatkah drama korea yang sadis? Sila beri pendapat.^^:019::019:

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar